Posts

Showing posts from February, 2014

10 Janji Allah SWT kepada mereka yang hendak mendirikan masjid

Image
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku… 1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin. 2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin)

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

Image
Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4

Makrifatullah (Mengenal Allah) Akan Mendatangkan Kebahagiaan dan Ketenangan Dalam Hidup

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Makrifatullah atau mengenal Allah adalah perkara pertama yang harus disempurnakan oleh seorang muslim. Harus tertanam dalam hati dan sanubari kita bahawa Allah adalah 'Rabb' sekelian alam. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "..dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Rabbmu (Tuhanmu)?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Surah al-A'raf ayat 172) dan hadis nabi yang menyatakan bahawa jiwa manusia adalah fitrah. Kayakinan ini harus bersandarkan kepada pelbagai dalil dan bukti yang kuat agar menghasilkan peningkatan iman dan takwa. Pengenalan kepada Allah S.W.T telah dikuatkan dengan banyak dalil. Beberapa dalil yang men

permulaan hidup separuh bujangku..

Image
update sekitar majlis pertunangan ku dengan insan yang penuh memahami situasi diri, ada dikala susah senang, jatuh bangun, tangis tawa... selepas keluarga dan rakan-rakan, beliau lah orang yang banyak bagi semangat dan dorongan untuk aku mencapai tahap dimana aku berada sekarang.. terima kasih atas kesudian dirimu menerima lamaran dariku insan yang penuh kekurangan ini sayang... ok lah ini untuk tatapan korang yea sahabat rakan blogger dan follower... bermula dari tarikh 9/2/2014 aku akan cuba menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan komited terhada segala hal... terima kasih sekali lagi buat saudara mara, escort teman, LIPI, CHOT, MASTURA.. dan yang paling penting bakal suri hidupku... Siti Salwani Bt Samsudin @ Intan... For all those times you stood by me For all the truth that you made me see For all the joy you brought to my life For all the wrong that you made right For every dream you made come true For all the love I found in you I'll be fo

kecoh bentuk awan..

Image
Baru-baru ni muncul awan yang berbentuk keris dan kebetulan ada pihak yang mengaitkan pembentukan awan itu ada kaitan dengan PRK di Dun Kajang... hurmm... oklah.. aku malas cakap banyak sebab orang yang tak mempercayai sains dan ketentuan alam je yang akan kaitkan perkara mcm ni smpai timbulnya prasangka khurafat tanpa disedari... meh aku bagi tengok sikit fenomena pembentukan awan dengan bentuk yang lain pulak. Awan yang berbentuk Jenazah, gambar ini di rakamkan di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 27/6/2010 sekitar jam 6.40 pagi. baca artikel lanjut di SINI yang ini awan berbentuk petruk di atas gunung Merapi di Indonesia (tarikh dan waktu tidak dicatakan) awan yang berbentuk kepala naga ini dirakamkan di Jepun pada tahun 2012

BANGSAWAN SAMSENG

Binasanya sesuatu masyarakat apabila golongan bangsawan diberikan keistimewaan di sisi undang-undang. Mereka merasa diri mereka besar sehingga boleh memaki, memukul, mencedera sesiapa yang mereka suka, mengambil harta dan kedudukan awam dengan sewenangnya serta menghukum orang bawahan sesuka hati. Berakhirnya sejarah golongan bangsawan di istana-istana hebat seperti Maharaja China dan raja-raja Eropah adalah disebabkan gagal mengawal diri dan takabur. Undang-undang yang double-standard pula memelihara mereka. Akhirnya rakyat bangun membuang institusi tersebut. Apalah faedahnya jika istana dan institusi raja dalam mana-mana bangsa menjadi tempat 'samseng' menunjukkan kesamsengan terhadap rakyat dan orang awam. Kewujudan golongan kebal seperti itu hanya menimbul kemurkaan Allah dan kemusnahan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri,

Perasan Tak?

PERASAN TAK ?? PERASAN TAK?...Duit $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma, tapi begitu kecil bila dibawa ke Orchard Road, MegaMall dan seangkatan dengannya... PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk sembahyang, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen... ... PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di tempat ibadat, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung... PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika sembahyang, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan- Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg : 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam .. Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang : 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran Ada 3 Hal yg paling berharga : 1. Kasih Sayang .. 2. Cinta 3. Kebaikan Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 1. Kekayaan .. 2. Kejayaan 3. Mimpi Ada 3

Pahlawan segala pahlawan: Saidina Ali

Image
Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.             Ketokohan  Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril.             Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula

Waktu Yang Diharamkan Bersolat.

Image
1. Waktu syuruk iaitu 28 mins selepas Subuh ketika matahari baru naik ke langit. Contohnya, waktu Subuh dari 5.35 pg ke 7.05 pagi. 7.05 pagi + 28 mins = 7.33 pagi. Oleh itu 7.05 pagi ke 7.33 pagi ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah SAW mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini. 2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10 mins sebelum masuknya waktu Dzuhur. "Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya : 1. Ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi 2. Ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir 3. Ketika matahari mula ter

Tujuh peringatan makmurkan negeri Perak

Image
berikut adalah tujuh peringatan untuk memakmurkan negeri Perak, titah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan disampaikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah sempena ulangtahun ke-30 pemerintahan Sultan Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar semalam (3/4/2014) 1. Menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta. 2. Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi. 3. Pangkat dan jawatan adalah amanah anugerah Ilahi . 4. Nikmat kekayaan sumber diuruskan secara telus lagi berintegriti. 5. Perpaduan rakyat harus diutamakan. 6. Penghormatan terhadap pemerintahan berlandaskan undang-undang. 7. Raja Berperlembagaan tonggak kestabilan, keadilan & perpaduan.

Muhammad... Utusan Terakhir

Image
wajib tonton : -kisah hidup nabi muhammad s.a.w -banggalah dengan nabi kita muhammad s.a.w perjuangannya yg tidak ternilai untuk agama kita....semoga cerita ini berguna untuk kita semua P/S: ORANG YG HIDUP HATINYA PASTIKAN MENGALIR AIR MATANYA KETIKA MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH SAW.... ALLAH JD KAN SEMUA MANUSIA DI MUKA BUMI MU INI SEBAGAI ISLAM YA ALLAH... BERILAH YA ALLAH MEREKA NIKMAT MENJADI MUSLIM DAN MUKMIN SEPERTI KAMI DENGAN IZIN MU ALLAH.......AMIN YA ROBAL ALAMIN.... MARI AMIN KAN BERSAMA2 INN SHAA ALLAH ALLAH MENDEGAR DOAKAN KITA SEMUA.....