Ohh Taro

Pagi tu, aku bangun lepak-lepak tengok suasana hiruk-pikuk kota. Biasa la pagi isnin, semua orang berpusu-pusu nak pergi kerja, ada yang naik tren, ada yang naik motor ada juga yang berbasikal. Ohh tak lupa ada juga yang naik skateboard.

Aku? Aku biasa la penganggur terhormat, waktu tengah melantak tu minum kopi sekali dengan roti goyang tu aku tiba-tiba jadi tak sedap hati, mula-mula aku biarkan saja,. Tapi rasa ni makin kuat aku jadi mcm resah gelisah,

Tiba-tiba aku nampak ramai orang berlari, dari yang berjawatan besar sampai la kak senah janda yang jual nasi lemak (alaaa yang anak dia kapel dengan kemat tu) semua berlari ketakutan.

Dalam keadaan yang pelik tu aku nampak mcm ada sosok besar yang tengah mengamuk, habis seluruh bandar dia letupkan senang hati dia je pijak kereta orang sana-sini sampai warung kecik kak senah janda yang jual nasi lemak tu pun jahanam.

Lepas tu aku nampak dia nak pijak kereta Perotiga Kijang, aku syak tu mesti kereta Kemat aku jadi takut, dalam masa yang sama aku nampak ada cahaya kat belakang makhluk besar tu datang, (mungkin cahaya tu bawa kebaikan)

Tiba-tiba pandangan aku terganggu sebab secara tak semena-mena pandangan aku teralih kepada Milo, penyanyi yang menang pertandingan Akademi Fantastikata tu.

Ciss!! Sape tukar siaran ni!!!!

Sejak hari itu sampai sekarang aku masih berfikir, sempat ke Taro hapuskan raksasa yang cuba nak pijak kereta Perotiga Kijang tu.

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.