Posts

Showing posts from May, 2016

Nasuha

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan. Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut. Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya. Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak be

Hat trick

Looser! Entah untuk keberapa kali aku dengar budak-budak setingkatan panggil si kemat dengan panggilan tu. Ok masa berlalu.. Masing-masing pun dah nak habis belajar dari U.. Tapi lepas belajar masing-masing bawak keluar barang muzik, padahal belajar bedah katak tapi duduk tepi jalan busking. Yang tak busking dok kacau anak dara kak senah Janda yang jual nasik lemak.. Kemat lalu kat depan taman mainan Padang Kota, waktu tu gengster acah-acah zaman sekolah tengah busking, semua tengok kemat dengan ceton, budak paling gebu waktu sekolah tengah makan suap-suap.. Muncung sekor-sekor macam setan. Lepas tiga bulan Kemat datang lagi situ kali ni dengan anak kak senah janda yang jual nasi lemak pulak, menyetan lagi budak-budak busking tu.. Sebab dulu budak tu dengan Jeman anak pak selamat jagung cup macam mane si kemat ni sailang entah la.. Ok lepas tiga bulan lagi... Well tak nak la aku ulang, tapi kali ni dengan ketua kelas diorang waktu sekolah dulu, nama dia Emah.. Emah ni hot nokhoromn

Lapan Puluh Persen

Ting! Pintu tren di tutup... Maka bermula la perjalanan hakiki setiap makhluk di bandar besar ni untuk mencari rezeki untuk anak bini, perut sendiri, dan untuk melunaskan hutang pinjaman pelajaran. Aku pun baru je 3 bulan kerja kat sini sebagai seorang pembantu pengurus seben eleben.. Dalam tempoh 3 bulan ni aku perasan selalu akan ada sorang awek ni naik sekali tren dengan aku, kami menuju destinasi yang sama, stesen yang sama, jalan yang sama dan berpisah di lorong yang berlainan. Kadang-kadang tu selalu juga dia tengok aku mesti dia ingat aku nak mengorat dia padahal kami satu jalan yang same je. Kalau nak ngorat, dah lame aku gunakan teknik gatal aku.. Ohh lupa nak cakap nama awek ni Suziey.. Dalam lingkungan 20-an Haa walaupun tak pernah bersembang tapi aku tau nama dia sebab dia pakai name tag, aku selalu perasan dia ni selalu dalam dunia dia sendiri, kalau dalam tren dia akan pakai earfon, lepas tu tengok ipong dia, kadang-kadang gelak, kadang-kadang senyum. Yang paling peli

Orang Kata

Orang kata, Hidup ni bukan dunia mati, Hidup ni kena ada cinta, Hidup ni kena ada kerja, Hidup ni kena tengok bawah, Hidup ni kena cari tuhan, Tapi kau kata, Baik mati takda harta, Baik mati tanpa cinta, Baik mati dari takda kerja, Baik mati dari mendongak langit, Baik mengucap sebelum jumpa tuhan, Haa.. Tau pun nak mengucap, tapi hidup tetap macam bangkai.

Ohh Taro

Pagi tu, aku bangun lepak-lepak tengok suasana hiruk-pikuk kota. Biasa la pagi isnin, semua orang berpusu-pusu nak pergi kerja, ada yang naik tren, ada yang naik motor ada juga yang berbasikal. Ohh tak lupa ada juga yang naik skateboard. Aku? Aku biasa la penganggur terhormat, waktu tengah melantak tu minum kopi sekali dengan roti goyang tu aku tiba-tiba jadi tak sedap hati, mula-mula aku biarkan saja,. Tapi rasa ni makin kuat aku jadi mcm resah gelisah, Tiba-tiba aku nampak ramai orang berlari, dari yang berjawatan besar sampai la kak senah janda yang jual nasi lemak (alaaa yang anak dia kapel dengan kemat tu) semua berlari ketakutan. Dalam keadaan yang pelik tu aku nampak mcm ada sosok besar yang tengah mengamuk, habis seluruh bandar dia letupkan senang hati dia je pijak kereta orang sana-sini sampai warung kecik kak senah janda yang jual nasi lemak tu pun jahanam. Lepas tu aku nampak dia nak pijak kereta Perotiga Kijang, aku syak tu mesti kereta Kemat aku jadi takut, dalam masa

Musnah mood menonton

Malam tu Sidi, tengah masak megi di dapur, aku tengah tengok gusti di kacak tv nipis selebar 59.25 inchi jenama soni, syapik pun bersama aku, manakala Aizat dalam bilik tengah study sebab esok exam.. Maklum la dia sorang je masih pelajar.. Kami semua dah kerja. Suasana malam tu memang berangin macam nak hujan walaupun waktu tu tengah musim panas. Selesai masak Sidi pun datang lepak depan kami sambil tengok gusti. Nokhorom dia ni, makan tak ingat kawan-kawan. Ahh lantaklah sebab aku masih lagi kenyang melantak pizza dengan Pizah siang tadi. Tiba-tiba syapik tengok aku semacam.. Macam ada sesuatu yang berlaku. Sebenarnya aku dah rasa awal dah benda tu tapi sebab mak aku pesan kalau rada ada benda pelik jangan tegur. Tiba-tiba si Aizat keluar bilik.. "Weyhh korang ada...." Tak sempat Aizat habiskan soalan aku suruh dia diam.. Kami saling berpandangan, si Sidi masih sedap melantak sambil tengok gusti The Batu lawan Astin. Jauh di benak fikiran aku terfikir "tak kan si S

Naskah tidak bernada

Ku karangkan naskah Menjadi sebuah karya Ku kirimkan pesan Menjadi bait-bait rindu Walau kini jauh dimata Tidak ku lupa usulnya lagenda Ku hulurkan tangan untuk menyambut salam Agar terlerai semua kebencian Hati meronta mencari isiNya Nikmat dunia ku telan belaka Agar aku bisa melangkah Walau dengan tidak bernada.