Posts

Image
 Malam selalu terasa panjang di rumah ini. Namun ada satu waktu yang paling aku benci — jam 4 pagi . Aku tidak pernah pasang jam loceng. Tetapi entah kenapa, setiap malam aku akan terjaga tepat pada waktu yang sama. Mata terbuka sendiri, jantung berdegup laju, seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan. Ruang tamu gelap. Sunyi. Jam dinding di dinding berhenti berdetik. Jarumnya kaku pada angka empat. Aku bangun perlahan, melangkah di koridor. Setiap tapak kaki terasa berat. Udara dingin menusuk hingga ke tulang. Tiba-tiba, bunyi tok… tok… tok… bergema dari bilik belakang — bilik yang tidak pernah aku buka sejak arwah nenek meninggal dunia. Aku berdiri kaku. Ketukan itu berhenti. Diganti dengan bunyi nafas… dekat… terlalu dekat. Aku memberanikan diri menoleh ke cermin di hujung koridor. Bayang seorang perempuan berbaju putih berdiri betul-betul di belakangku. Rambut panjang menutupi wajahnya. Bibirnya bergerak perlahan, berbisik: “Aku tunggu kau setiap malam…” Se...

BADUT

Image
Badut. Kehadiranya bertopeng menutup cela, Telatah tawa dia timbulkan suasana ria, Suram kelam tanpa tawa, Bumi kering tidak berkocak. Badut. Dalam diam dia diuji, Pintalan bebola menjadi saksi, airmata ditelan rapi, seisi panggung setia menanti, Badut, Langkahnya yakin penuh bermakna, Jenakanya tenang bengkitkan yang hiba, Dalam kepala berfikir bajunya, Tanpa gentar perjuangkan kehidupanya. Badut. Jangan diikut mereka di kerusi empuk, Jangan berjenaka cara mereka, Jangan mati kerana subsidi, Jangan kau berhenti menjadi wira tawa. Badut, Ada sesuatu dibalik tawa, Ada sembunyi di balik mesra. SAKIT! aku buang rasa malu, di hina, di cerca. "Jadi Bodoh" Katanya. aku pekak kan telinga, aku tulikan rasa, aku bangkit! "Abang, susu anak dah nak habis"

SEMBANG SENI : TEATER

Image
Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya. Definisi  Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan. Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Dengan demikian, dalam rumusan sederhana teater adal...

COMEBACK

Image
Assalamualaikum. lama rasanya saya tinggalkan ruangan ni.. baik. kali ini saya kembali dengan posting baru, dengan nafas baru.. dan kali ini saya akan membentangkan beberapa topik berkaitan dengan seni. jadi sampai sini dulu untuk comeback posting ni.. nantikan posting pertama dari saya nanti. jumpa nanti di next post.. see yaaaa.....

Nasuha

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan. Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut. Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya. Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak be...

Lapan Puluh Persen

Ting! Pintu tren di tutup... Maka bermula la perjalanan hakiki setiap makhluk di bandar besar ni untuk mencari rezeki untuk anak bini, perut sendiri, dan untuk melunaskan hutang pinjaman pelajaran. Aku pun baru je 3 bulan kerja kat sini sebagai seorang pembantu pengurus seben eleben.. Dalam tempoh 3 bulan ni aku perasan selalu akan ada sorang awek ni naik sekali tren dengan aku, kami menuju destinasi yang sama, stesen yang sama, jalan yang sama dan berpisah di lorong yang berlainan. Kadang-kadang tu selalu juga dia tengok aku mesti dia ingat aku nak mengorat dia padahal kami satu jalan yang same je. Kalau nak ngorat, dah lame aku gunakan teknik gatal aku.. Ohh lupa nak cakap nama awek ni Suziey.. Dalam lingkungan 20-an Haa walaupun tak pernah bersembang tapi aku tau nama dia sebab dia pakai name tag, aku selalu perasan dia ni selalu dalam dunia dia sendiri, kalau dalam tren dia akan pakai earfon, lepas tu tengok ipong dia, kadang-kadang gelak, kadang-kadang senyum. Yang paling peli...

Orang Kata

Orang kata, Hidup ni bukan dunia mati, Hidup ni kena ada cinta, Hidup ni kena ada kerja, Hidup ni kena tengok bawah, Hidup ni kena cari tuhan, Tapi kau kata, Baik mati takda harta, Baik mati tanpa cinta, Baik mati dari takda kerja, Baik mati dari mendongak langit, Baik mengucap sebelum jumpa tuhan, Haa.. Tau pun nak mengucap, tapi hidup tetap macam bangkai.

Ohh Taro

Pagi tu, aku bangun lepak-lepak tengok suasana hiruk-pikuk kota. Biasa la pagi isnin, semua orang berpusu-pusu nak pergi kerja, ada yang naik tren, ada yang naik motor ada juga yang berbasikal. Ohh tak lupa ada juga yang naik skateboard. Aku? Aku biasa la penganggur terhormat, waktu tengah melantak tu minum kopi sekali dengan roti goyang tu aku tiba-tiba jadi tak sedap hati, mula-mula aku biarkan saja,. Tapi rasa ni makin kuat aku jadi mcm resah gelisah, Tiba-tiba aku nampak ramai orang berlari, dari yang berjawatan besar sampai la kak senah janda yang jual nasi lemak (alaaa yang anak dia kapel dengan kemat tu) semua berlari ketakutan. Dalam keadaan yang pelik tu aku nampak mcm ada sosok besar yang tengah mengamuk, habis seluruh bandar dia letupkan senang hati dia je pijak kereta orang sana-sini sampai warung kecik kak senah janda yang jual nasi lemak tu pun jahanam. Lepas tu aku nampak dia nak pijak kereta Perotiga Kijang, aku syak tu mesti kereta Kemat aku jadi takut, dalam masa ...

Musnah mood menonton

Malam tu Sidi, tengah masak megi di dapur, aku tengah tengok gusti di kacak tv nipis selebar 59.25 inchi jenama soni, syapik pun bersama aku, manakala Aizat dalam bilik tengah study sebab esok exam.. Maklum la dia sorang je masih pelajar.. Kami semua dah kerja. Suasana malam tu memang berangin macam nak hujan walaupun waktu tu tengah musim panas. Selesai masak Sidi pun datang lepak depan kami sambil tengok gusti. Nokhorom dia ni, makan tak ingat kawan-kawan. Ahh lantaklah sebab aku masih lagi kenyang melantak pizza dengan Pizah siang tadi. Tiba-tiba syapik tengok aku semacam.. Macam ada sesuatu yang berlaku. Sebenarnya aku dah rasa awal dah benda tu tapi sebab mak aku pesan kalau rada ada benda pelik jangan tegur. Tiba-tiba si Aizat keluar bilik.. "Weyhh korang ada...." Tak sempat Aizat habiskan soalan aku suruh dia diam.. Kami saling berpandangan, si Sidi masih sedap melantak sambil tengok gusti The Batu lawan Astin. Jauh di benak fikiran aku terfikir "tak kan si S...

Naskah tidak bernada

Ku karangkan naskah Menjadi sebuah karya Ku kirimkan pesan Menjadi bait-bait rindu Walau kini jauh dimata Tidak ku lupa usulnya lagenda Ku hulurkan tangan untuk menyambut salam Agar terlerai semua kebencian Hati meronta mencari isiNya Nikmat dunia ku telan belaka Agar aku bisa melangkah Walau dengan tidak bernada.

BATMAN VS SUPERMAN- SIAPA YANG MENANG?

Image
Pertempuran yang ditunggu-tunggu peminat adiwira diseluruh dunia. Lelaki Kelawar melawan Lelaki Hebat he he siapa pemenangnya? Ini semua akan terjawab nanti apabila pertempuran bermula pada bulan March,2016 (US). Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pertempuran kedua-dua adiwira ini terjadi? Semuanya bermula akibat salah faham akibat diapi-apikan oleh sang batu api. Bagi anda yang memang meminati kedua-dua watak ini pasti akan tertanya-tanya bolehkah Batman melawan kekuatan fizikal Superman? Jawapannya memang boleh sebenarnya. Batman jika diberi masa merancang strategi, beliau memang boleh menentang sesiapa sahaja. Kebijaksanaan Batman adalah kelebihan beliau yang sangat menakjubkan. Pada pandangan Superman, Batman hanyalah pembunuh(vigilante) yang menegakkan keadilannya sendiri dan wajar dihalang. Disisi lain, Batman berpendapat kedatangan lelaki hebat ini hanya akan menyebabkan ancaman kepada bumi. Mustahil sang alien ini baik; mungkin juga beliau ingin menguasai bumi d...

MENDAPAT: Suami Menggelabah Baju Kurung Sutera Isteri Bertukar Jadi Pretzel Auntie Anne

Image
Viral di laman sosial pada waktu ini adalah kisah lucu seorang suami yang berniat mahu membantu isterinya membasuh kain dengan menggunakan mesin. Namun tidak semena-mena sepasang baju kurung sutera kesayangan isterinya bertukar menjadi seperti roti Pretzel Auntie Anne. Nasib baik isterinya sporting habis, langsung tak naik angin kerana bajunya rosak, sebaliknya minta digantikan dengan sepasang baju pereka terkemuka. Dipetik dari Siakap Keli

Eh! Betol keeee??! Selfie Punca Remaja Hilang Keyakinan Diri, Kemurungan dan Masalah Mental

Image
Sudah menjadi kebiasaan remaja moden (tidak ketinggalan orang dewasa) menjadikan media sosial sebagai platform utama atau rutin seharian. Celik saja mata, laman Facebook, Instagram atau Twitter dijengah sebelum mula mandi. Sudah pasti kebanyakan remaja akan melihat foto, video atau status rakan lain, malah individu tidak dikenali rapat seperti selebriti yang diikuti atau ‘follow’ dalam laman sosial masing-masing. Namun tanpa disedari, ia sebenarnya menggugat perasaan tidak senang apabila melihat foto cantik rakan lain sehingga menyebabkan ada segelintir yang hilang keyakinan diri. Selfie misalnya sepatutnya menjadikan hidup lebih ceria dan tidak mendatangkan bahaya, namun apabila wujudnya ketagihan selfie dan disfungsi penggunaan Internet, ia mendatangkan kebimbangan kepada pengguna media sosial itu sendiri. Pengasas bersama firma pemasaran media sosial yang kini mengkaji kesan laman sosial dalam tesisnya, Choo Mei Sze berkata, dunia belum menyaksikan kajian media sosial secara...

AL- FATEH VS DRACULA

Image
Jika disebut nama Muhammad Al-Fateh(Mehmed II) ataupun Mehmet The Conqueror sudah pasti terbayang di dalam fikiran kita bahawasanya Sultan ini adalah seorang yang telah diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin dan dibawahnya juga sebaik-baik tentera yang pernah dihasilkan oleh sebuah empayar islam. “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan tentera yang berada di bawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera.” [Hadis Riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad (4/335)] Begitulah seorang Raja yang dijanjikan dan diiktiraf oleh Rasulullah SAW 800 tahun sebelumnya sebagai sebaik-baik raja dan dibawahnya terdapat sebaik-baik tentera. Zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh juga dikenali sebagai zaman yang berlakunya perluasan kuasa yang sangat besar bagi empayar Turki Uthmaniah. Namun entri pada kali ini bukanlah untuk menceritakan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Kota Constantinople, tetapi entri kali ini c...

Doa Senjata Ghaib Orang Mukmin

Image
DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepa...

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Image
Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang....

Pernikahan Itu Satu Ibadah

Image
Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.” Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelih...

Peti besi

Maaf aku membutakan semua Maaf aku menjadi buta Maaf aku tidak kaya Maaf aku tak mampu bicara Maaf aku melangkah tapak Aku hanya mahu berdiri Aku hanya mahu berlari Aku hanya mahu tersenyum Aku hanya mahu berimpian Namun kini aku jatuh Namun kini aku tersungkur Namun kini aku muram Namun kini aku hanya berangan Hanya kerana sebuah peti besi Hanya kerana sebentuk hati Hanya kerana yang haqiqi Aku mengalah mengundur pergi

Taubat Seorang Raja: Kisah Taubat Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar

Image
 Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang menikmati minuman. Disebabkan adanya ahli politik yang memusuhi Sultan tersebut, maka cerita yang kurang tepat berkenaan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad. Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut. Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan. Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ib...

Rasulullah Pakar Perubatan

"Sesungguhnya pengutusan Rasulullah s.a.w. membawa pelbagai rahmat kepada alam. Oleh kerana itu, antara hikmah pengutusan baginda kepada manusia adalah sebagai pakar perubatan samada spiritual, akal dan fizikal manusia. Ironinya, sesuatu pensyariatan yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. merupakan penawar untuk mengubati dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam…" Dalam karangan ilmu warisan dan kesarjanaan ulama silam, banyak kitab-kitab yang membincangkan tentang ilmu perubatan mengikut acuan Islam. Banyak daripada tokoh-tokoh ilmuan dikalangan para ulama silam yang mengemukakan pelbagai teori dan praktik dalam sistem ilmu perubatan mengikut acuan Islam seperti Harith ibn Khaladah, Ibn Sina, al-Zahrawi, al-Razi, Ibn al-Matran, Ibn Jumay dan lain-lain. Antara contoh kitab yang boleh kita perhalusi yang pernah dikaryakan oleh ulama masyhur sehingga kini adalah kitab “Perubatan Nabi الطب النبوي” daripada Imam Syamsuddin Muhammad bin Abi Bakar Abi Qayy...