Posts

Doa Senjata Ghaib Orang Mukmin

Image
DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56) “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepa...

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Image
Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang....

Pernikahan Itu Satu Ibadah

Image
Amal ibadah bukan sekadar melaksanakan rukun Islam sahaja. Perkahwinan juga merupakan suatu ibadah kepada-Nya. Nafsu syahwat atau naluri seks adalah suatu naluri semulajadi di dalam diri manusia, sama dengan nafsu makan dan minum. Sebab itu ia tidak perlu dibuang atau dihapuskan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan dengan sebaiknya. Perkahwinan adalah suatu peraturan untuk mengatur nafsu kelamin di kalangan manusia. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. “Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.” Hukum berkahwin terbahagi kepada empat iaitu wajib, haram, sunat dan makruh. Wajib ialah apabila seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelih...

Peti besi

Maaf aku membutakan semua Maaf aku menjadi buta Maaf aku tidak kaya Maaf aku tak mampu bicara Maaf aku melangkah tapak Aku hanya mahu berdiri Aku hanya mahu berlari Aku hanya mahu tersenyum Aku hanya mahu berimpian Namun kini aku jatuh Namun kini aku tersungkur Namun kini aku muram Namun kini aku hanya berangan Hanya kerana sebuah peti besi Hanya kerana sebentuk hati Hanya kerana yang haqiqi Aku mengalah mengundur pergi

Taubat Seorang Raja: Kisah Taubat Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar

Image
 Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang menikmati minuman. Disebabkan adanya ahli politik yang memusuhi Sultan tersebut, maka cerita yang kurang tepat berkenaan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad. Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut. Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan. Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ib...

Rasulullah Pakar Perubatan

"Sesungguhnya pengutusan Rasulullah s.a.w. membawa pelbagai rahmat kepada alam. Oleh kerana itu, antara hikmah pengutusan baginda kepada manusia adalah sebagai pakar perubatan samada spiritual, akal dan fizikal manusia. Ironinya, sesuatu pensyariatan yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. merupakan penawar untuk mengubati dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam…" Dalam karangan ilmu warisan dan kesarjanaan ulama silam, banyak kitab-kitab yang membincangkan tentang ilmu perubatan mengikut acuan Islam. Banyak daripada tokoh-tokoh ilmuan dikalangan para ulama silam yang mengemukakan pelbagai teori dan praktik dalam sistem ilmu perubatan mengikut acuan Islam seperti Harith ibn Khaladah, Ibn Sina, al-Zahrawi, al-Razi, Ibn al-Matran, Ibn Jumay dan lain-lain. Antara contoh kitab yang boleh kita perhalusi yang pernah dikaryakan oleh ulama masyhur sehingga kini adalah kitab “Perubatan Nabi الطب النبوي” daripada Imam Syamsuddin Muhammad bin Abi Bakar Abi Qayy...

Sekali Lagi... bersemi

Image
Dup.. dapp dupp dap... Ahh rasa itu datang lagi.. kenapa.. mengapa.. sejak kebelakangan ini aku sering merasakan sesuatu yang sangat pelik, debaran yang begitu kencang sering kali aku merasakan seolah-olah jantungku mahu tercabut keluar dari tubuhku yang tidak berapa segagah insan ini... telah lama aku kehilangan rasa ini, semenjak kejadian itu, semenjak perpisahan itu aku seolah-olah bagaikan seorang yang telah di programkan hanya untuk tidur kerja dan makan. Tapi kini, segala rasa yang hilang itu kembali lagi. adakah ini sesuatu yang dinamakan kehidupan kembali? Tapi pada siapa dengan siapa dan bila?? ahhh semaklah aku dengan semua rasa ini!!! Aku Deen aku bekerja sebagai seorang penghantar surat, setiap pagi aku adalah sama seperti semalam, seminggu yang lepas, dua tahun yang lepas, dan lima tahun yang lepas, aku bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang fotografi tapi segalanya telah musnah hanya kerana kegagalan aku dalam merencanakan perjalanan kerjaya, hat...