Waktu Yang Diharamkan Bersolat.

1. Waktu syuruk iaitu 28 mins selepas Subuh ketika matahari baru naik ke langit. Contohnya, waktu Subuh dari 5.35 pg ke 7.05 pagi. 7.05 pagi + 28 mins = 7.33 pagi. Oleh itu 7.05 pagi ke 7.33 pagi ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah SAW mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10 mins sebelum masuknya waktu Dzuhur.

"Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya :

1. Ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi

2. Ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir

3. Ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.

(HR Muslim no: 831)

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadith Amru bin Abasah RA, dalam Sahih Muslim (no: 832),

1. Waktu terbit matahari kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan dan orang kafir sujud kepada matahari waktu itu.

2. Waktu tengahari, ketika itu api neraka bergelegak.

3. Waktu terbenam matahari, ia terbenam antara dua tanduk syaitan dan orang kafir sujud kepadanya waktu itu.- dipetik dari page Sham kamikaze

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.