Misteri Kehilangan Pesawat Dalam Sejarah Dunia
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines sejak sabtu lalu adalah siri terbaru misteri kehilangan pesawat di serata dunia. Ada diantara kes ini yang masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini.
Amelia Earhart Hilang Dalam Percubaan Memecah Rekod (1937)
Nasib juruterbang Emilia Earhart telah menjadi misteri yang membingungkan dunia selama berdekad-dekad. Earhart yang pada masa itu wanita pertama yang berjaya membuat penerbangan merentasi Lautan Atlantik, cuba mengelilingi dunia bersama jurupandu Fred Noonan pada 1937. Pesawat Lockhead Model 10 Electra yang diterbangkan mereka hilang di Lautan Pasifik berdekatan Pulau Howland. Kedua-dua jurupandu dan pesawat mereka langsung tidak dijumpai hingga ke hari ini. Ada yang mengatakan mereka kehabisan minyak dan tenggelam ke dalam Lautan pasifik, ada juga yang mengatakan mereka sebenarnya perisik Jepun dan cuba menyembunyikan diri dari khalayak umum selain yang mengaitkan kes ini dengan mahkluk asing.
Flight 19 (1945)
Pada 5 Disember 1945, 5 pesawat pengebom US berlepas dari Florida untuk menjalankan latihan yang dipanggil Flight19. Kelima-lima pesawat bersama-sama dengan 14 krew didalamnya hilang dalam latihan ini. Sebuah pesawat yang dihantar untuk operasi mencari turut hilang. Tragedi ini merupakan kisah terawal yang dikaitkan dengan misteri Segitiga Bermuda. Menurut laporan ketenteraan, jurulatih yang mengetuai latihan ini hilang arah akibat kegagalan kompas dan mengarahkan pesawat ditinggalkan selepas kekurangan minyak. Namun laporan ini disangkal kerana tiada sebarang mayat atau pesawat yang dijumpai. Kes ini akhirnya diklafikasikan sebagai "hilang tanpa sebab yang diketahui".
BSAA Avroo Lancastrian Stardust (1947)
Pesawat British South American Airways ini hilang dal am ribut salji di pergunungan Andes. Pesawat ini dal am perjalanan ke Chile dari Buenos Aires. Selama 50 tahun, tiada sebarang kesan dijumpai samada mayat mahupun bangkai pesawat. Akhirnya pada Januari 2000 sekumpulan pendaki menjumpai saki baki pesawat ini di pergunungan Tupungato di sempadan Argentina - Chile. Nahas adalah disebabkan cuaca buruk dan bukannya kecuaian juruterbang. Namun menariknya, mesej terakhir yang dihantar oleh pesawat ini iaitu 'STENDEC STENDEC' langsung tidak dapat difahami dan kekal sebagai misteri.
Flying Tiger Line Flight 739 (1962)
Pesawat pengangkut ini ditugaskan menghantar askar-askar US ke Vietnam ketika ia tiba-tiba hilang di kawasan Guam pada 16 Mac 1962. Kesemua 107 yang berada di dalam pesawat tidak dapat dijumpai walaupun pencarian dijalankan selama lapan hari. Kemungkinan pesawat ini meletup di udara namun ramai yang mengaitkannya dengan unsur sabotaj.
Air France Flight 447 (2009)
Kejadian ini banyak dikaitkan dengan kejadian yang berlaku di Malaysia. Pesawat Air France Flight 447 ini menjunam ke dalam lautan pada 1 Jun 2009 dengan 228 orang didalamnya. Beberapa serpihan dijumpai selepas beberapa hari namun ia mengambil masa dua tahun sebelum pihak berkuasa dapat menjumpai semula kotak hitam pesawat ini. Pihak berkuasa Perancis mengeluarkan laporan akhir pada July 2012, tiga tahun selepas kejadian. Isu kecuaian juruterbang dan masalah sistem dipersalahkan dalam insiden ini.
Sumber: PerakNews.com

Comments