sekitar gambar ahli keluarga penumpang pesawat MH370

Pesawat MAS MH370 Ke Beijing Terhempas Di Laut China Selatan – 227 Penumpang Dikhuatiri Maut (10 Gambar) | Sudah lebih 12 jam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang sejak 2.40 pagi dan sehingga kini masih belum ditemui. Di sebalik pelbagai laporan dan spekulasi berhubung penemuan pesawat itu daripada agensi berita asing dan media sosial kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam.

Kesemua maklumat itu dinafikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beliau mengesahkan tiada sebarang penemuan pesawat itu berdasarkan maklumat pihak ketenteraan negara-negara jiran termasuk daripada Vietnam.

Sehingga ini, tidak diketahui nasib pesawat itu serta 227 penumpang dan 12 anak kapalnya. Pesawat MH370 itu hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Menurut MAS, 38 rakyat Malaysia, lima warganegara India, tujuh Indonesia, seorang Rusia dan dua Ukraine adalah antara 227 penumpang dari 14 negara. Dalam respons tindakan, Hishammuddin mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat hilang itu.

Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin berkata sebuah pesawat udara dan tiga kapal laut digerakkan ke kawasan 120 batu nautika timur Kota Baharu perairan negara pada 8.30 pagi. Anggota keluarga penumpang pesawat MAS itu kini berkumpul di bilik Menara Tinjau, KLIA dan ada di kalangan mereka dalam keadaan risau dan menangis. Kisahbest.my akan update dari semasa ke semasa insyaAllah.

4

1

2

3

5

6

7

8

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.