Dengan mengekalkan format lama iaitu turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia, program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kembali. Sekaligus seramai 13 barisan pelawak akan beraksi di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut. Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna. Sementara itu, MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Juara MLM 2013 bakal m...