COKLAT SERANGGA JADI KEGILAAN TERBARU DI PERANCIS |

SENI kulinari dan negara Perancis sememangnya tidak boleh dipisahkan.


Pelbagai masakan popular dunia berasal dari negara Eropah tersebut yang menjadi kegilaan penggemar masakan dari seluruh dunia.

Terbaharu, seorang pengusaha coklat di Perancis, Sylvain Musquar telah memperkenalkan dimensi baru dalam pemakanan coklat apabila mengeluarkan coklat berperisa serangga, baru-baru ini.

Usahanya itu dikatakan sebagai mempromosikan serangga sebagai salah satu makanan ringan popular di sana.

Menurut Musquar, dia mendapat ilham unik itu selepas bekerja dan melihat sendiri pembuatan coklat serangga di Jepun dan Korea Selatan.

Musquar menggunakan ulat mealworm dan cengkerik yang telah diselaputi dengan serbuk berwarna keemasan sebelum meletakkannya di atas coklat yang berbentuk segi empat itu.

“Anda tidak perlu merenung terlalu lama coklat serangga ini kerana akhirnya nanti anda tidak akan sanggup memakannya nanti.

“Keranggupan serangga dan kacang dalam coklat ini mampu menggoda pelanggan untuk terus memakannya,” tambahnya lagi yang yakin dengan pasaran coklat serangga di negara tersebut.

  

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.