Angin Ahmar dan Islam

Angin ahmar ialah sejenis angin yang dicpta oleh Allah SWT berwarna merah. Di Malaysia angin ini disebut sebagai penyakit mati sebahagian badan yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar diubati.

Walau bagaimanapun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya, maka melalui Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, umat Islam telah dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima untuk menghadap seluruh rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda berasa ujub atau bangga diri, dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia bertubuh besar, gagah dan hebat serta garang, Nabi Sulaiman a.s terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama ar-Raihul Ahmar (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya daripada segala penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Lalu Nabi Sulaiman a.s segera mengarahkan panglima-panglimanya untuk membunuh ar-Raihul Ahmar. Namun lembaga itu menjawab tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, kemudian segera menghilang.

Angin ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali r.a pernah terkena penyakit angin rongga dan keluar darah. Ketika itu turun malaikat Jibrail a.s dan memberitahu baginda bahawa Hassan a.s terkena penyakit angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibrail a.s menjawab 'ada' lalu ghaib.

Sebentar kemudian Jibrail a.s kembali dan memberitahu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam pun membaca doa tersebut dan dalam masa yang singkat sembuhlah Saidina Hassan a.s, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada sekalian umat Islam.

Mereka yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca doa ini seberapa kerap terutama selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih, kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan bakinya disapukan kepada anggota yang terkena penyakit tersebut.

Yakinlah doa ini, kerana dengan keyakinan, insya-Allah mereka yang terkena penyakit angin ahmar akan segera sembuh, terutama jika angin ahmarnya belum terlalu berat.

Bertaqwalah kepada Allah SWT kerana dengan taqwa kepada Allah SWT doa kita akan dimakbul oleh-Nya. Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Doa Angin Ahmar


DOA ANGIN AHMAR



  بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ، بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ، وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اللهُ أَكْبِرُ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِ اللهِ الشَّافِى، بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى، بِسْـمِ اللهِ الْمُعَافِى، بِسْمِ اللهِ الْوافِي بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئٌ فِى الْاَرْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ  السَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَناَ الرَّاقِى، وَاَنْتَ الشَّافِى، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الْأَكْبَرَانَ، أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى  وَرَبُّكُمَا، وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا، وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِّرَكُمَا، خَالِقِ الْصُّوْرِ، وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ اْلآفَاتِ، وَالْعَاهَاتِ، وَالْبَلاَءِ، وَالْأمْرَاضِ وَالْأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلَ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ، وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ، يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ، يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأَنَكَ، يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ، يَاذَالْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الرَّأْفَةِ وَالإِحْسَانِ.
 يَا حَنَّانُ، يَا مَنَّانُ، يَا قَاهِرُ لايُقْهَرُ، يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْحَ الأحْمَرِ، وَمِنَ الدَّاءِ الأَكْبَرِ،فِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ  وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ، أَمْرًا فَإِنَّمَا  تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ. اللهُ أَكْبَرْ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ، يَامُغِيْثُ، يَاجَبَّارُ، يَاقَهَّارُ، يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ، يَاقَائِمًا بِالْقِسْطِ، يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ، يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ، يَادَافِعُ، يَاكَافِى، يَاشَافِى، يَامُعَافِى، يَاغِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ، يَاشَكُوْر،ُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ، ياَنَاصِرُ، يَانَصِيْرُ، يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ، يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا، اَدْوَنَايَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّايَ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْثَا،شَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ، يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ، يَاحَىُّ،يَاقَيُّوْمُ، يَاقَائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ، يَا سَيِّدَاهْ، يَامَوْلَاهْ، يَامَالِكَاهْ، يَاغَايَةُ يَارَغْبَاهْ، يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىَّ،الْمُؤْمِنِيْنَ، يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ، يَاكَافِى  الْمُتَوَكِّلِيْنَ، يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ، وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ، يَاقَاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ، يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ، وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَارَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الْاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ، يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ، يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ، يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ، يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ، يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ، وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ، وَفِيْكَ نَرْغَبُ، وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ، وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ، وَالأسْقَامَ، وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ، وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ، وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ، وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ، وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ، وَالسَّكْتَةَ وَالْهَمَّ، وَالْغَمَّ، وَالْخُزْنَ، وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ، وَالْهَوَامِ، وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ، وَاْلإنْهِزَامِ، وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ،  وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ، وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ، وَهَدَمَ الْبِنَاءِ، وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ، وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهِارُ، إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّدٍ وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلِّمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِيْنَ.




DOA STROKE/ANGIN AHMAR (RINGKAS)

لَا إلَهَ إلا الله، وَالله اَكْبَر، سُبْحَانَ الله، وَالْحَمْد لله، وَلَا إلَهَ إلا الله، وَالله اَكْبَر، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوةَ إلا بِالله العَلِيِّ الْعَظيْم، اَللهُم أعُوْذبِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ وَمِنْ شَرِّ مَا جَاءَتْ بِهِ وَعَافِنِا وَأهْلِيْنَا وَأَوْلَادِنَا مِنْهُ، إِنكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَـدِيْر.


Maksudnya: “Ya Allah aku bermohon perlindunganNya daripada kejahatan angin ahmar ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya dan sembuhkan aku, kaumkeluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya hanya Engkau berkuasa ke atas sesuatu”.

* Sejarah dan Doa angin ahmar ini diperolehi dari naskhah kecil (gambar di atas) sewaktu menghadiri kuliah Subuh di Masjid Taman Keladi, SP pagi Sabtu lalu oleh Ustaz Hj Yusri b. Abd Karim, Pengetua Darul Quran Nurul Hasanah, Kuala Selangor yang juga penceramah agama yang muncul di Tanyalah Ustaz dan beberapa rancangan agama di TV. Doa angin ahmar ini terlalu panjang untuk discan. Anim jumpa doa yang serupa dari awal ayat sampai ayat terakhir di sini. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.