Habbatusauda dan khasiatnya.

seringkali kita tertanya-tanya apa itu Habbatusauda dan apa khasiatnya. entry kali ni aku akan share ape itu Habbatusauda.

 Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .

Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Butir Habbatussauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

KHASIAT HABBATUS SAUDA'

HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan.

Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980, Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).

Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.

MUDAH UNTUK DIMAKAN DAN BERKUALITI

Kapsul Minyak HABBATUS SAUDA' ini dihasilkan daripada bijirin hitam yang bermutu tinggi dan terpilih sahaja, dirumus khas dalam bentuk kapsul mengikut ukuran dos yang telah ditetapkan dan mudah untuk dimakan, sentiasa mementingkan kawalan kualiti yang ketat sebagai jaminan terhadap ketulinan kandungannya oleh syarikat yang terkemuka yang diiktirafkan di Mesir.

HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'. Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah, di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz, di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.

Produk ini mempunyai khasiat yang amat tinggi. Ia mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

Selain daripada itu ia diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai ubat yang boleh mengubat segala jenis penyakit. Ia juga diperakui oleh `Bapa Perubatan' Ibnu Sina, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi.

Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati sangat berkesan terhadap pelbagai penyakit. Ia juga merupakan sejenis anti-biotik semulajadi yang cepat memberi kesan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.