Siri Angguk, Geleng: Itulah Hikmah

Seorang madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya.


Di kampung saya muncul seorang guru yang sesat dan telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkara!" tegasnya

"Sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah," kata gurunya.

"Tak sempat. saya perlu cepat!" si pelajar segera bergegas pulang ke kampungnya.

Di sana dilihatnya guu yang sesat itu sedang mengajar.

"Aku ahli syurga. aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku, sesiapa mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. kamu harus berbakti kepadaku, dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu.: begitulah kata-kata guru sesat tersebut.

Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang, "kamu sesat! tidak ada sesiapa pun yang akan selamat jika mengikut ajaranmu!"

"Berani kau membantah kata-kata ahli syurga! wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!" perintah guru itu kepada para pengikutnya.

Para pengikut guru yang sesat itu segera bertindak. mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka.

dengan tubuh yang berlumuran darah dan tangan yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya.

"aku dipukul oleh pengikut setia ajaran sesat," adu pelajar itu kepada gurunaya.

"Dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja pelukan keberanian tetapi perlukan ilmu serta kebijaksanaan. mari kita berangkat ke sana!" kata guru itu,

Sesampai sahaja mereka di sana, mereka terus ke tempat guru sesat itu mengajar.

"saya ahli syurga. saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syurga. sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya," kata guru sesat itu yang menjalankan diayahnya.

"Ya, tuan memang ahli syurga,: tiba-tiba suara guru pelaa itu kedengaran dari belakan.

Para pengikut guru yang sesat itu berpaling, mereka lihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.

Si guru itu tersenyum sambil berkata, "saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahli syuga. guru di tempat saya berpesan, apabila datang bertemu dengan tuan, tidak cukup kita menyerahkan harta dan memberikan tenaga kepada tuan, tetapi mesti mengambil cendera hati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!"

"Bukti kecintaan daripada saya? silakan" kata guru sesat itu dengan senang hati.

"Guru saya berpesan jika hendak masuk syurga bersama tuan, hendaklah ada pada kami sehelai bulu daripada mana-manabahagian tubuh tuan sebagai berkat."

Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata, "ayuh, saudara-saudara! mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!"

mendengan seruan itu, semua pengikut guru sesat itu meluru menerpa guru mereka. ada yang mencabut rambut, bulu roma, bulu dada, bulu ketiak dan macam-macam jenis bulu lagi.

"Aduh, aduh! sakit!! sakit!! jerit guru sesat itu. tetapi orang ramai tidak peduli mereka ingin masuk syurga. dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. darah mengalir badannya dihenyak, bahkan kainnya dilondehkan.

"Jangan, jangan! aku bukan ahli syurga! jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit, aku sakit!' Jeritnya.

"Dengar tu tuan-tuan, semua ini tipu belaka. dia manusia biasa macam kita juga Syurga hanya dirai dengan ketaatan dan keikhlasan kepada Allah. jangan bertuhankan manusia'"

sambil merenung pelajarnya dia bertanya, "sekarang kau mengerti?"

"ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah!"



*Pengajarannya, dalam berdakwah kebenaran perlu disepadukan dengan kebijaksanaan. tanpa kebijaksanaan, kebenaran akan ditolak dan yang paling penting, jangan gopoh dan gelojoh dalam berdakwah

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.