Taubat Seorang Raja: Kisah Taubat Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang menikmati minuman. Disebabkan adanya ahli politik yang memusuhi Sultan tersebut, maka cerita yang kurang tepat berkenaan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad. Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut. Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan. Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ib...