Posts

Showing posts from 2018

BADUT

Image
Badut. Kehadiranya bertopeng menutup cela, Telatah tawa dia timbulkan suasana ria, Suram kelam tanpa tawa, Bumi kering tidak berkocak. Badut. Dalam diam dia diuji, Pintalan bebola menjadi saksi, airmata ditelan rapi, seisi panggung setia menanti, Badut, Langkahnya yakin penuh bermakna, Jenakanya tenang bengkitkan yang hiba, Dalam kepala berfikir bajunya, Tanpa gentar perjuangkan kehidupanya. Badut. Jangan diikut mereka di kerusi empuk, Jangan berjenaka cara mereka, Jangan mati kerana subsidi, Jangan kau berhenti menjadi wira tawa. Badut, Ada sesuatu dibalik tawa, Ada sembunyi di balik mesra. SAKIT! aku buang rasa malu, di hina, di cerca. "Jadi Bodoh" Katanya. aku pekak kan telinga, aku tulikan rasa, aku bangkit! "Abang, susu anak dah nak habis"

SEMBANG SENI : TEATER

Image
Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya. Definisi  Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan. Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Dengan demikian, dalam rumusan sederhana teater adalah p

COMEBACK

Image
Assalamualaikum. lama rasanya saya tinggalkan ruangan ni.. baik. kali ini saya kembali dengan posting baru, dengan nafas baru.. dan kali ini saya akan membentangkan beberapa topik berkaitan dengan seni. jadi sampai sini dulu untuk comeback posting ni.. nantikan posting pertama dari saya nanti. jumpa nanti di next post.. see yaaaa.....