Posts

BADUT

Image
Badut.
Kehadiranya bertopeng menutup cela,
Telatah tawa dia timbulkan suasana ria,
Suram kelam tanpa tawa,
Bumi kering tidak berkocak.

Badut.
Dalam diam dia diuji,
Pintalan bebola menjadi saksi,
airmata ditelan rapi,
seisi panggung setia menanti,

Badut,
Langkahnya yakin penuh bermakna,
Jenakanya tenang bengkitkan yang hiba,
Dalam kepala berfikir bajunya,
Tanpa gentar perjuangkan kehidupanya.

Badut.
Jangan diikut mereka di kerusi empuk,
Jangan berjenaka cara mereka,
Jangan mati kerana subsidi,
Jangan kau berhenti menjadi wira tawa.

Badut,
Ada sesuatu dibalik tawa,
Ada sembunyi di balik mesra.

SAKIT!
aku buang rasa malu,
di hina, di cerca. "Jadi Bodoh" Katanya.
aku pekak kan telinga,
aku tulikan rasa,
aku bangkit!
"Abang, susu anak dah nak habis"

SEMBANG SENI : TEATER

Image
Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit.

Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.

Definisi  Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan. Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Dengan demikian, dalam rumusan sederhana teater adalah pertunj…

COMEBACK

Image
Assalamualaikum. lama rasanya saya tinggalkan ruangan ni.. baik. kali ini saya kembali dengan posting baru, dengan nafas baru.. dan kali ini saya akan membentangkan beberapa topik berkaitan dengan seni. jadi sampai sini dulu untuk comeback posting ni.. nantikan posting pertama dari saya nanti. jumpa nanti di next post.. see yaaaa.....


Nasuha

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan. Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut. Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya. Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak beru…

Hat trick

Looser! Entah untuk keberapa kali aku dengar budak-budak setingkatan panggil si kemat dengan panggilan tu. Ok masa berlalu.. Masing-masing pun dah nak habis belajar dari U.. Tapi lepas belajar masing-masing bawak keluar barang muzik, padahal belajar bedah katak tapi duduk tepi jalan busking. Yang tak busking dok kacau anak dara kak senah Janda yang jual nasik lemak.. Kemat lalu kat depan taman mainan Padang Kota, waktu tu gengster acah-acah zaman sekolah tengah busking, semua tengok kemat dengan ceton, budak paling gebu waktu sekolah tengah makan suap-suap.. Muncung sekor-sekor macam setan. Lepas tiga bulan Kemat datang lagi situ kali ni dengan anak kak senah janda yang jual nasi lemak pulak, menyetan lagi budak-budak busking tu.. Sebab dulu budak tu dengan Jeman anak pak selamat jagung cup macam mane si kemat ni sailang entah la..Ok lepas tiga bulan lagi... Well tak nak la aku ulang, tapi kali ni dengan ketua kelas diorang waktu sekolah dulu, nama dia Emah.. Emah ni hot nokhoromnye, …

Lapan Puluh Persen

Ting! Pintu tren di tutup... Maka bermula la perjalanan hakiki setiap makhluk di bandar besar ni untuk mencari rezeki untuk anak bini, perut sendiri, dan untuk melunaskan hutang pinjaman pelajaran. Aku pun baru je 3 bulan kerja kat sini sebagai seorang pembantu pengurus seben eleben.. Dalam tempoh 3 bulan ni aku perasan selalu akan ada sorang awek ni naik sekali tren dengan aku, kami menuju destinasi yang sama, stesen yang sama, jalan yang sama dan berpisah di lorong yang berlainan.Kadang-kadang tu selalu juga dia tengok aku mesti dia ingat aku nak mengorat dia padahal kami satu jalan yang same je. Kalau nak ngorat, dah lame aku gunakan teknik gatal aku.. Ohh lupa nak cakap nama awek ni Suziey.. Dalam lingkungan 20-an Haa walaupun tak pernah bersembang tapi aku tau nama dia sebab dia pakai name tag, aku selalu perasan dia ni selalu dalam dunia dia sendiri, kalau dalam tren dia akan pakai earfon, lepas tu tengok ipong dia, kadang-kadang gelak, kadang-kadang senyum.Yang paling pelik tu …

Orang Kata

Orang kata,
Hidup ni bukan dunia mati,
Hidup ni kena ada cinta,
Hidup ni kena ada kerja,
Hidup ni kena tengok bawah,
Hidup ni kena cari tuhan,Tapi kau kata,
Baik mati takda harta,
Baik mati tanpa cinta,
Baik mati dari takda kerja,
Baik mati dari mendongak langit,
Baik mengucap sebelum jumpa tuhan,Haa.. Tau pun nak mengucap, tapi hidup tetap macam bangkai.