Posts

Showing posts from May, 2014

Taubat Seorang Raja: Kisah Taubat Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar

Image
Dalam banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya seorang Sultan telah mangkat ketika sedang menikmati minuman.

Disebabkan adanya ahli politik yang memusuhi Sultan tersebut, maka cerita yang kurang tepat berkenaan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.

Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.

Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.

Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Ala…

Rasulullah Pakar Perubatan

"Sesungguhnya pengutusan Rasulullah s.a.w. membawa pelbagai rahmat kepada alam. Oleh kerana itu, antara hikmah pengutusan baginda kepada manusia adalah sebagai pakar perubatan samada spiritual, akal dan fizikal manusia. Ironinya, sesuatu pensyariatan yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. merupakan penawar untuk mengubati dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam…"

Dalam karangan ilmu warisan dan kesarjanaan ulama silam, banyak kitab-kitab yang membincangkan tentang ilmu perubatan mengikut acuan Islam. Banyak daripada tokoh-tokoh ilmuan dikalangan para ulama silam yang mengemukakan pelbagai teori dan praktik dalam sistem ilmu perubatan mengikut acuan Islam seperti Harith ibn Khaladah, Ibn Sina, al-Zahrawi, al-Razi, Ibn al-Matran, Ibn Jumay dan lain-lain.

Antara contoh kitab yang boleh kita perhalusi yang pernah dikaryakan oleh ulama masyhur sehingga kini adalah kitab “Perubatan Nabi الطب النبوي” daripada Imam Syamsuddin Muhammad bin Abi Bakar Abi Qayyim …