Nasuha
Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan.
Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut.
Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya.
Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak berurusan jual beli di sana, lebih mudah.
Titik hitam itu bermula pada suatu hari, aku disuruh memandu kereta ke gudang tersebut, tapi kali ini aku bersendirian kerana majikanku ada urusan lain. Katanya di dalam bonet kereta itu ada barang yang perlu aku serahkan kepada rakan niaganya. Setibanya aku di gudang tersebut tiada siapa yang ada disana.
Aku menunggu hampir 30 minit, masih tiada yang munculkan diri, aku mengambil keputusan untuk membuka bonet kereta tersebut, setelah membukanya aku mendapati terdapat banyak barang kemas dan wang. Aku terkesima, aku menutup bonet kereta dengan pantas namun aku tak sempat berbuat apa-apa kerana pasukan polis datang dan menahan aku.
Aku terpinga-pinga dan dalam fikiranku hanyalah nama isteri aku yang masih berpantang, dan anaku Nasuha yang baru sahaja lahir. Allahuakbar dugaan apa yang aku sedang lalui ni. Aku di bawa ke balai untuk disiasat.
Aku telah disabitkan dengan kesalahan rompakan bersenjata dan dihukum penjara lima tahun. Aku tahu hancur luluh hati kedua orang tuaku kerana aku berjanji pada mereka aku akan mencari kehidupan yang lebih baik di bandar besar ini demi anak dan isteriku. Namun segalanya musnah dan tiada apa yang mampu aku nafikan untuk melawan pertuduhan duniawi ini.
Aku masih bersyukur kerana ketika itu isteriku masih lagi mempercayai yang aku tidak akan berbuat perkara sebodoh itu hanya kerana wang walau sesulit manapun hidup kamj. Kaki ku berat melangkah meninggalkan kandang mahkamah namun aku sempat memeluk isterku, Nasuha dan memohon restu ayah dan bonda untuk mendoakan kesejahteraan aku sepanjang menjalani tempoh hukuman di balik tirai besi.
Perit rasanya bila aku fikirkan balik kehidupan aku yang lalu, kini aku bersyukur Allah masih lagi memberiku ruang dan peluang untuk mencurahkan semua keringat dan kasih sayangku untuk keluarga tercinta dan kampung halaman.
Aku tahu masyarakat desa masih lagi marah akan perkara yang menimpa aku lima tahun yang lalu. Namun masih ada segelintir yang menerima kepulangan aku termasuk keluarga dan sahabat handai. Mereka banyak menasihatkan aku.
Alhamdulillah Nasuha membesar dengan sihat. Aku diterima bekerja sebagai pembantu di kedai runcit pak selamat. Rutin harian seawal subuh hingga petang disambung dengan kerja kampung disebelah petang aku lalui dan aku masih menebalkan muka dengan sindiran dan cacian dari mereka yang masih belum boleh menerima kepulanganku.
Dua tahun berlalu kini Nasuha pun sudah memasuki sekolah, aku bulatkan tekad untuk bekerja dengan lebih kuat untuk menyara keluarga, alhamdulillah penduduk kampung pun semakin menerima diriku yang baru.
Segalanya aku semakin senang dan tenang dengan bantuan dari pak selamat, sahabat-sahabat dan jiran sekampung. Hari demi hari berlalu kehidupan kami sekeluarga bertambah baik.
Pada satu hari, aku dipanggil pak selamat untuk mengira stok yang baru sampai di kedai beliau, petang tu kami tutup kedai awal kerana kami nak mengira stock dan memasukan rekod kedalam file.
Pak selamat tiba-tiba mendapat panggilan dari rumahnya kerana anaknya nak bersalin tinggal aku sendirian di kedainya. Aku menjalankan amanah yang diberikan pak selamat dan sambung mengira semua stock untuk direkod.
Aku tak sedar jam dah hampir 9 malam tapi masih banyak lagi barang yang belum dikira, aku teruskan mengira sampailah aku terlelap.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi yang pelik. Aku cuba sembunyikan diri untuk lihat apa yang jadi, sah! Ada orang pecah masuk kedai. Aku memberanikan diri untuk menyergah 2 orang penyamun yang memecah masuk kedai pak selamat.
Mereka cuba melawan dengan parang, seorang dari mereka masih bergelut dengan aku, tak semena-mena parang yang penyamun tu bawa telah tertikam dirinya sendiri.
Aku buntu, dan aku lihat dihadapanku adalah sekujur jasad yang dah kaku keras, pihak polis tiba ketempat kejadian, aku digari dan di masukan kedalam kereta peronda dan dibawa kebalai. Rupanya rakan penyamun yang melarikan diri itu lebih awal membuat laporan polis katanya aku cuba merompak kedai pak selamat dan mereka cuba menghalang sehingga rakanya terbunuh.
Aku tak mampu menentang pertuduhan itu kerana aku bersendirian, sekali lagi aku dimasukan ke penjara. Sayup hati aku saat memeluk erat isteriku dan Nasuha kerana aku terpaksa meninggalkan mereka untuk kedua kalinya.
Hari perbicaraan tiba, setelah segala kertas siasatan dibuka, aku tidak diwakili peguam kerana kami tiada wang untuk membiayai kos guaman. Akhirnya mahkamah memutuskan aku bersalah atas kesalah membunuh dengan niat dan aku dihukum gantung mandatori.
Dari kandang pertuduhan aku lihat, betapa hancurnya hati seorang isteri disaat melihat aku suaminya akan pergi meninggalkanya tapi pemergianku ini tidak kembali. Ku peluk erat mereka berdua, Nasuh yang masih kecil, masih tidak mengerti apa-apa aku terpaksa tinggalkan mereka untuk kesekian kalinya.
Aku menjalankan sisa-sisa hidupku sebagai banduan akhir dengan memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana menyempurnakan separuh imanku dengan kehadiran isteriku dan Nasuha, dan memenuhi ibadah terakhirku. disaat ini aku hanya mampu tinggalkan pesan untuk mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupku di alam sana nanti.
Pagi itu selepas subuh, namaku telah dipanggil, betapa longlainya langkah kakiku menuju ke tempat hukuman, saat wajahku di tutupi kain hitam itu, aku hanya mampu berdoa agar taubat nasuhaku diterimamu ya rabbul alamin.. Aku sedaya upaya dengan bergenang air mata melafazkan kalimah syahadah dan...........
-dalam hidup ini kita bebas memilih haluan masing-masing, kita bebas melakukan segalanya, namun harus kita ingat tuhan itu sentiasa menguji, janganlah kita meninggi diri dan menjatuhkan insan yang lemah.-
Comments