Musnah mood menonton

Malam tu Sidi, tengah masak megi di dapur, aku tengah tengok gusti di kacak tv nipis selebar 59.25 inchi jenama soni, syapik pun bersama aku, manakala Aizat dalam bilik tengah study sebab esok exam.. Maklum la dia sorang je masih pelajar.. Kami semua dah kerja.

Suasana malam tu memang berangin macam nak hujan walaupun waktu tu tengah musim panas. Selesai masak Sidi pun datang lepak depan kami sambil tengok gusti.

Nokhorom dia ni, makan tak ingat kawan-kawan. Ahh lantaklah sebab aku masih lagi kenyang melantak pizza dengan Pizah siang tadi.

Tiba-tiba syapik tengok aku semacam.. Macam ada sesuatu yang berlaku. Sebenarnya aku dah rasa awal dah benda tu tapi sebab mak aku pesan kalau rada ada benda pelik jangan tegur.

Tiba-tiba si Aizat keluar bilik.. "Weyhh korang ada...." Tak sempat Aizat habiskan soalan aku suruh dia diam.. Kami saling berpandangan, si Sidi masih sedap melantak sambil tengok gusti The Batu lawan Astin.

Jauh di benak fikiran aku terfikir "tak kan si Sidi ni tak perasan apa-apa kot???" Aku fikir pelik.. Tiba-tiba si Sidi berpusing ke arah kami dan cakap.

"Rilek wahai kawan-kawan ku sekalian, bau petai ni tak akan buat korang pengsan, habis kuat korang muntah je"

Setan punya Sidi!! Kentut waktu tengah makan. Mana adab woi!

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.