Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~


merisik, meminang, bersanding, sememangnya dah jadi adat dalam budaya Melayu, aku selalu jugak ikut kawan-2 sedare mare, pegi merisik n memainang, macam-macam ragam aku tengok. ade yang straight to the point, ade jugak ikut adat. part paling aku suka kalau ikut adat.. memang teratur dan penuh seni... yang paling best kalau siap ade pantun... lepas tu barulah upacara sarung cincin sebelum masing bersetuju untuk tentukan tarikh nak disatukan pasangan mempelai tu.. wuuuhh so sweet~~ penah sekali aku ikut family member aku g meminang untuk abang dia.. perghhh mat saleh pun ade siap dorang nak belajar lagi pantun-2 tu.. aku harap dengan posting ni kite same2 dapat kekalkan budaya adat resam nenek moyang kita ni.. zaman makin maju, dunia makin berubah. harap-harap melayu tak akan ditelan zaman... ni antara pantun-pantun yang aku jumpa kat blog-2..



Pihak lelaki:-
Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.


Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?


Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!


Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.


Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.


Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji

001.
Hilir air sungai landai
Dalam pulak paras dada
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai
Kerana hendak menyambut adat lembaga

002.
Cantik memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman

003.
Budak-budak memakai senglit
Pergi ke kedai membeli timba
Kalau tidak jalan berbelit
Tadi-tadi saya dah tiba

Pantun itu kemudian dibalas oleh pihak si dara dengan menyambut kedatangan rombongan keluarga sang teruna seraya mempersilahkan mereka untuk masuk ke rumah.

004.
Katang-katang berisi manik
Manik berisi hampas padi
Encik-encik datang silalah naik
Inilah air pembasuh kaki

Comments

Popular posts from this blog

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.