entah.. tak terjawab segala tanya..


"entah" mudah dan senang untuk di ungkapkan, untuk setiap persoalan yang tidak diketahui jawapannya. aku seringkali berbisik menyatakan pada diri aku, tenang, sayang, sabar dengan semua prasangka dan dugaan yang mendatang. selalu aku terkenang, kesudahan yang sama. nasib yang sama. perjalanan yang serupa, penat aku bermuhasabah, lenguh tapak kaki ku melangkah, namun tidak ku temui jawapan sebenar, mengapa menyinta andai penuh dusta, mengapa bersuara, anda tidak setia.. aku cuba jadi baik walau ku tahu aku tidak boleh jadi terbaik, aku cuba setia, walau ku tahu aku tidak mampu mengalih pandangan dari alam duniawi, aku cuba menjagamu, walau ku tahu besar tanggungan itu, aku cuba bertahan dengan arusmu, walau ku tahu, aku tidak sekuat itu, aku cuba mendidikmu, walau ku tahu ilmu ku tidak setinggi mana,

aku memang bisa bertahan aku memang bisa berdiri, tapi aku tak bisa simpan semua ini, aku terus luahkan semuanya diatas bicaraku, aku terus luah semua di tanganku, aku hanya memohon dikurniakan aku seseorang, untuk aku bersandar di lengannya, menyelamatkan, menjauhkan aku dari segala ancaman, ku mohon beriku musim panas tanpa penghujung, aku kesejukan menahan lebat hujan, terasa usia muda ku terus dijamah tanpa mengira waktunya,

memang ku sedar, luka ini akan sembuh dengan semangatku, aku juga perlu melangkah melalui kesakitan dan aku sedar, kesakitan ini yang membuatkan aku tetap terus melangkah kedepan untuk melakukan sesuatu, sesuatu yang aku mampu, untuk menjadi seorang yang terbaik bagi diriku.....

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.