Biarkan cinta ini terus bersemi..

Pagi itu, angin bayu bertiup mengisi segenap ruang kalbu, lembut hembusan udara angin diwaktu pagi disahut dengan bunyi ayam berkokok memecah keheningan subuh, aku masih di situ, di atas katil yang empu aku melihat keluar jendela, kewajipan telah ku tunaikan, hanya menunggu waktu untuk mempersiapkan diri menunaikan tanggungjawab duniawi. Aku masih di situ, senyuman ku ukir tanda ku syukur aku masih diberi ruang untuk menghirup udara bumi, menghembus udara ke langit, sesekali senyuman itu terganggu, aku merenung aku meratap, aku monolog "mengapa masih begini?" namun detak hatiku berbisik, bolayan segalanya, tanggunjawab ku lebih utama untuk menyuap puteri kecilku.

"Masih teringat lagi?" soalan yang tiba-tiba kedengaran di telinga lantas menghilangkan bayangan kisah itu dari mindaku, aku hanya mampu mengeluh, entah kenapa, kuat penangan cinta sehingga aku sendiri jadi kaku bila aku terfikir tentang perkara itu, kisah yang berlaku disaat kebahagiaan mula tercipta, dan hanya akan ditambah seri permaisuri namun segalanya bagai direntap saat aku ingin bermunajat di atas kebahagiaan ini.

SABAR satu perkataan yang mudah diungkap namun menghayatinya membuatkan aku menjadi bisu. Tiga tahun bahtera cinta dilayarkan bersama, enam tahun mengikat talian menjadikan keutuhan ini sebagai satu rahmat yang membuatkan aku kuat dalam diriku sendiri.

Namun kini hanya puteri kecilku yang menjadi penguatku untuk aku terus berdiri melayari kehidupan ini, seringkali aku disapa soalan serupa "papa, Alisya tak nak papa menangis, doakan mama tenang disana". Subhanallah, tersentuh hatiku, hati anak kecil seawal usia lima tahun memberiku peringatan supaya sentiasa meredhai perjalananmu disana sayang, aku hanya mampu tersenyum dan berbisik pada diri tanda syukur Allah mengurniakan aku pengganti sanubari untuk sentiasa menjaga tanda cinta yang kau tinggalkan bersama.

Hari semakin hari berlalu, puteriku semakin membesar, setiap hari aku memandangmu, aku terbayang senyuman dia, wajah yang senantiasa ada dikala jatuh bangunku, suka duka ku, tangis tawaku. kini Alisya sudah mencecah usia 10 tahun, ramai berbisik padaku, aku perlu mencari penjaganya yang baru dalam usianya yang membesar, namun ku cekalkan hati demi tidak mahu kehilangan cinta yang sekian lama terbina ini.

Namun entah mengapa sejak beberapa ketika ini aku menjadi terlalu sayu, aku menjadi terlalu runsing seolah-olah diriku sendang diganggu sesuatu, aku cuba mengelak dari semua ini namun semuanya seolah olah tidak menjadi, ku cekalkan hati ku bersujud menyerah segalanya kepada yang maha kuasa, kerana Dia yang maha mengetahui segala yang terjadi dilangit dan di bumi.

Semakin lama aku menjadi semakin resah sehingga aku jadi runsing dan risau setiap kali Alisya menghadiahkan aku senyuman dan gelak tawanya, semakin aku lari semakin kuat firasat ini membelenggu, aku berbisik apakah yang akan datang kepadaku nanti? namun ku tetap keraskan hati untuk terus berserah kepada Robbualamin.

Di suatu petang yang hening, ketika bayu bertiup disahut kicauan burung di beranda teratak usangku, aku jadi resah serba tak kena, aku jadi celaru, matahari mula menghilangkan diri ibarat berselindung dan bersembunyi di sebalik awan mendung seolah-olah memberiku tanda sesuatu akan datang padaku.

Ringgg~~ telefon bimbitku berdering, aku menjawab dengan penuh tenang, "Ini bapa Alisya?" soalan pertama menjengah telingaku, aku menjawab ya dan bertanya tujuannya menghubungiku, sekali lagi aku diterjah dengan kenyataan yang sama 'SABAR'. Hatiku mula dihuni rasa yang bercelaru.

Petang itu, segalanya seolah-olah berakhir apabila satu-satunya insan yang menjadi penguat duniku pergi menuju jemputan ilahi, jemputan untuk bersama bondanya yang telah lama pergi sebelum itu. aku celaru, aku buntu, tanpa berfikir aku menuju ke tempat Alisya dijemput, airmata aku tidak dapat aku tahan lagi, aku meratap kehilangan, aku meratap kesunyian pabila aku melihat sikecilku telah tiada kerana masalah komplikasi jantungnya.. sekali lagi segalanya pergi meninggalkan aku sendiri...

Setelah selesai segala urusan, aku disapa guru Alisya, dengan wajah yang tenang dia menghulurkan aku sekeping kertas yang tertulis nota ringkas buat tatapan aku yang kesekian kalinya.

"Papa, isya tuliskan nota ini kerana isya tahu kalau isya cakap kat papa nanti papa menangis, isya tahu walaupun usia isya masih muda untuk menilai baik dan buruk, tapi jauh disudut hati isya, papa masih rindukan mama, dah 10 tahun mama pergi meninggalkan kita, papa, isya hanya mampu berdoa dalam setiap sujud isya supaya papa di kurniakan kekuatan untuk terus membesarkan isya, isya tak pernah cerita masalah isya kat papa sebab isya tak nak papa celaru, isya cuba sedaya upaya isya untuk bagi papa ketawa, gembira walaupun isya tahu jauh di sudut hati, papa masih terkenangkan arwah mama, kadangkala isya jadi sedih sebab ramai kawan-kawan papa kata wajah isya saling tak tumpah macam arwah mama, kadang-kadang isya cemburu tengok kawan-kawan semua dapat belaian dari seorang ibu, tapi isya tak pernah berbual apatah lagi merasa guarauan ibu, tapi isya cekalkan hati sebab pada isya, papa adalah segalanya, mungkin pada ketika papa baca nota ringkas ini isya sedang menuju ketempat mama, papa.. sesungguhnya tiada orang yang mampu gantikan tempat mama yang sanggup berkorban untuk beri isya peluang menggunakan jantung dia demi memberi isya ruang untuk nikmati keindahan alam, tiada tempat untuk orang lain selain kasih sayang papa yang sanggup berjaga malam demi menjaga anak kecilmu ini. papa, terima kasih kerana sanggup bertahan demi menyuap isya susu, terima kasih kerana sanggup ponteng kerja untuk ambil isya pulang dari sekolah, terima kasih kerana memberi isya perhatian dan jawapan untuk setiap rungutan isya, papa, isya harap dengan nota ini papa tidak akan berhenti untuk mendoakan kami disana, hanya doa dan restu papa yang mampu menjadi penyuluh isya dan mama di sana... Papa, Isya Sayang Papa, terima kasih untuk segalanya isya sangat hargai jasamu my superduper dad.. u are my totally hero....

ikhlas dari puteri kecilmu,
Alisya....."

Nota terakhir ini betul-betul membuatkan aku tak keruan, maafkan papa isya jika papa tersalah bicara sepanjang jagaan papa bersamamu. semoga kau tenang disana puteriku bersama ibumu permaisuriku...... akan ku biarkan cinta kita terus bersemi menuju jannah yang maha mengasihi...



*Cerita ini dalah rekaan semata-mata sebarang persamaan watak situasi dan lokasi hanyalah sekadar kebetulan.

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.