Kisah Seram Lelaki Berbaju Putih Tunjuk Arah Kiblat


Saya baru sahaja mendapat berita bahawa ibu telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1. Ibu saya telah dikuarantin hampir selama seminggu. Hanya dapat melihat dari lapisan dinding cermin melalui jarak dekat.

Azan subuh baru sahaja berkumandangan. Kendengaran jelas laungan azan dari corong masjid yang bersebelahan dengan hospital. Ibu bingkas bangun dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat fardhu subuh. Ketika membentangkan sejadah menghadap kiblat, ibu telah disapa oleh seorang lelaki berpakaian putih.

“Kiblat bukan arah sini, tetapi di arah sana” tegur lelaki tersebut.

Bayangan lelaki tersebut kelihatan samar-samar dan akhirnya hilang dalam kegelapan. Walaubagaimanapun, dalam nada terkejut ibu saya tetap meneruskan solat fardhu subuh mengikut arah kiblat yang sama. Jelas ibu, dia berasa yakin tatkala pernah bertugas di bangunan hospital tersebut .

Matahari mulai terbit. Datang seorang jururawat kepada ibu saya untuk bertanyakan tahap kesihatan.

“Nurse, arah kiblat kat sebelah mana?” tanya ibu saya.

“Arah di sebelah sana (sambil menunjukkan arah sama seperti arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut)”

“Oh maknanya betul lah arah yang ditunjukkan lelaki tu”

“Lelaki mana?? Jururawat bertanya bernada kehairanan.

Pagi itu, satu aras hospital tersebut kecoh dengan cerita ibu saya mengatakan tentang seorang lelaki berpakaian putih. Tambahan pula hospital yang didiami oleh ibu saya adalah merupakan bangunan lama yang sudah berpuluh tahun di mamah usia. Bangunan baru tidak dapat menampung jumlah bilangan pesakit gara-gara penularan wabak H1N1.

Walaubagaimanapun peristiwa ini sudah lama berlalu. Siapakah lelaki tersebut masih tetap meninggalkan tanda tanya terhadap ibu saya mahupun kepada kakitangan di aras tersebut. Allahua’lam.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja”

(Al-An’am : 59)

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.