Siri Angguk, Geleng: Syaitan Mengejutkannya Untuk Solat.

Suatu hari, akibat keletihanan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-jalani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan berupa kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat"

"aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh." jawab syaitan.

Dengan rasa hairan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

"Aku takut jika kau terlewa untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan untuk solat itu dengan amalan lain yang lebih banyak lagi dan dengan lebih bersungguh-sungguh," kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, "kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan mengajak orang lain kepada kebaikan, kau akan lebih banyak membaca al-quran. semuanya untuk menampung kesalahan mu yang sedikit. dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!"


*Pengajarannya, begitu kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia, syaitan bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat, tetapi juga tentang keutamaan amal.

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.