Penjara Paling Sempit di Dunia..

Masyaallah Benar-benar sadis! Bayangkan, banduan di San Salvador (di Amerika Tengah) ini harus bersesak-sesak dalam sel kurungan sempit yang boleh dikatakan sebagai kandang haiwan.

Fakta ringkas: 
  • Penjara ini terletak di San Salvador, iaitu ibukota El Salvador, Amerika Tengah.
  • Sel kurungan ini sangat sempit dan dihuni oleh para banduan  yang harus bersesak, sehinggakan untuk sekadar duduk pun amatlah susah. Keadaannya pun sangatlah kotor. 
  • Sel ini sebenarnya diperuntukan untuk menahan penjahat selama 72 jam, namun realitinya mereka dikurung selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun kerana tingginya tahap jenayah di negara ini.
  • Kebanyakan tahanan yang menghuni sel 'kandang' ini adalah para anggota gangster Barrio 18 dan Mara Salvatrucha atau lebih dikenali  dengan nama MS-13. Kedua-dua kumpulan ini merupakan gangster yang saling bertelagah antara satu sama lain  dan amat ditakuti di San Salvador. 
  • Jumlah anggota kedua gangster yang menghuni penjara seperti ini jumlahnya lebih dari 10 ribu orang! 









Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.