Siri Angguk, Geleng: Budak kecil dan api neraka.

seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun Al-Rasyid bertanya kenapa dia menangis, budak itu menjawab, "aku takut api neraka."

Khalifah yang adil itu memujuk, "anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Namun jawapan yang keluar dari mulut anak kecil itu, "aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. setelah ranting kecil terbakar barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. aku umpama kayu kecil itukah?"

Mendengar jawapan yang terukir di bibir ana kecil itu. khalifa turut menangis....



*pengajarannya, Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa. wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.