Lapan Puluh Persen

Ting! Pintu tren di tutup... Maka bermula la perjalanan hakiki setiap makhluk di bandar besar ni untuk mencari rezeki untuk anak bini, perut sendiri, dan untuk melunaskan hutang pinjaman pelajaran. Aku pun baru je 3 bulan kerja kat sini sebagai seorang pembantu pengurus seben eleben..

Dalam tempoh 3 bulan ni aku perasan selalu akan ada sorang awek ni naik sekali tren dengan aku, kami menuju destinasi yang sama, stesen yang sama, jalan yang sama dan berpisah di lorong yang berlainan.

Kadang-kadang tu selalu juga dia tengok aku mesti dia ingat aku nak mengorat dia padahal kami satu jalan yang same je. Kalau nak ngorat, dah lame aku gunakan teknik gatal aku..

Ohh lupa nak cakap nama awek ni Suziey.. Dalam lingkungan 20-an Haa walaupun tak pernah bersembang tapi aku tau nama dia sebab dia pakai name tag, aku selalu perasan dia ni selalu dalam dunia dia sendiri, kalau dalam tren dia akan pakai earfon, lepas tu tengok ipong dia, kadang-kadang gelak, kadang-kadang senyum.

Yang paling pelik tu dalam tempoh 3 bulan aku jadi pembantu pengurus seben eleben ni ada satu masa dia akan jadi masam je tiba-tiba walaupun takde sape kacau dia.

Bulan pertama aku tengok, ok aku boleh terima mungkin masalah bulanan perempuan sunti (ceewaahh) masuk bulan kedua, masih sama. Kali ni masuk pulak bulan ketiga pun sama je.

Kali ni aku jadi bizibodi sikit nak tanye ape yang membuatkan dia jadi macam tu kadang-kadang sampai tengok orang macam nak telan je. Waktu balik dari keja ni aku nekad nak tanya dia.

Bunyi dia macam ni "suziey, kenapa awak kadang2 jadi masam je waktu dalam tren, awak ada masalah ke" dengan muka terkejut dia tanya camne aku tau nama dia. Aku senyum je (bodoh! Kat nametag tu tak kan nama labi-labi kau pulak!) 

Lepas tu dia cakap macam ni "kalau i cerita u tak akan faham dan u tak akan dapat tolong". (Sebenarnya aku tahan je tangan dari nak melempang dia) aku slowly cakap kat dia suruh je dia cerita.

Dia keluarkan fon dia dan tunjuk kat aku satu mesej "RM0. You have used 80% of your Internet quota. Speed will be managed once you exceed your quota. To renew your data, dial *110*4*5#."

Kaki youtube rupanya!

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.