SEMBANG SENI : TEATER
Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya. Definisi Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan. Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Dengan demikian, dalam rumusan sederhana teater adal...