Posts

Image
 Malam selalu terasa panjang di rumah ini. Namun ada satu waktu yang paling aku benci — jam 4 pagi . Aku tidak pernah pasang jam loceng. Tetapi entah kenapa, setiap malam aku akan terjaga tepat pada waktu yang sama. Mata terbuka sendiri, jantung berdegup laju, seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan. Ruang tamu gelap. Sunyi. Jam dinding di dinding berhenti berdetik. Jarumnya kaku pada angka empat. Aku bangun perlahan, melangkah di koridor. Setiap tapak kaki terasa berat. Udara dingin menusuk hingga ke tulang. Tiba-tiba, bunyi tok… tok… tok… bergema dari bilik belakang — bilik yang tidak pernah aku buka sejak arwah nenek meninggal dunia. Aku berdiri kaku. Ketukan itu berhenti. Diganti dengan bunyi nafas… dekat… terlalu dekat. Aku memberanikan diri menoleh ke cermin di hujung koridor. Bayang seorang perempuan berbaju putih berdiri betul-betul di belakangku. Rambut panjang menutupi wajahnya. Bibirnya bergerak perlahan, berbisik: “Aku tunggu kau setiap malam…” Se...

BADUT

Image
Badut. Kehadiranya bertopeng menutup cela, Telatah tawa dia timbulkan suasana ria, Suram kelam tanpa tawa, Bumi kering tidak berkocak. Badut. Dalam diam dia diuji, Pintalan bebola menjadi saksi, airmata ditelan rapi, seisi panggung setia menanti, Badut, Langkahnya yakin penuh bermakna, Jenakanya tenang bengkitkan yang hiba, Dalam kepala berfikir bajunya, Tanpa gentar perjuangkan kehidupanya. Badut. Jangan diikut mereka di kerusi empuk, Jangan berjenaka cara mereka, Jangan mati kerana subsidi, Jangan kau berhenti menjadi wira tawa. Badut, Ada sesuatu dibalik tawa, Ada sembunyi di balik mesra. SAKIT! aku buang rasa malu, di hina, di cerca. "Jadi Bodoh" Katanya. aku pekak kan telinga, aku tulikan rasa, aku bangkit! "Abang, susu anak dah nak habis"

SEMBANG SENI : TEATER

Image
Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya. Definisi  Teater berasal dari kata Yunani, “theatron” (bahasa Inggris, Seeing Place) yang artinya tempat atau gedung pertunjukan. Dalam perkembangannya, dalam pengertian lebih luas kata teater diartikan sebagai segala hal yang dipertunjukkan di depan orang banyak. Dengan demikian, dalam rumusan sederhana teater adal...

COMEBACK

Image
Assalamualaikum. lama rasanya saya tinggalkan ruangan ni.. baik. kali ini saya kembali dengan posting baru, dengan nafas baru.. dan kali ini saya akan membentangkan beberapa topik berkaitan dengan seni. jadi sampai sini dulu untuk comeback posting ni.. nantikan posting pertama dari saya nanti. jumpa nanti di next post.. see yaaaa.....

Nasuha

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan. Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut. Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya. Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak be...

Lapan Puluh Persen

Ting! Pintu tren di tutup... Maka bermula la perjalanan hakiki setiap makhluk di bandar besar ni untuk mencari rezeki untuk anak bini, perut sendiri, dan untuk melunaskan hutang pinjaman pelajaran. Aku pun baru je 3 bulan kerja kat sini sebagai seorang pembantu pengurus seben eleben.. Dalam tempoh 3 bulan ni aku perasan selalu akan ada sorang awek ni naik sekali tren dengan aku, kami menuju destinasi yang sama, stesen yang sama, jalan yang sama dan berpisah di lorong yang berlainan. Kadang-kadang tu selalu juga dia tengok aku mesti dia ingat aku nak mengorat dia padahal kami satu jalan yang same je. Kalau nak ngorat, dah lame aku gunakan teknik gatal aku.. Ohh lupa nak cakap nama awek ni Suziey.. Dalam lingkungan 20-an Haa walaupun tak pernah bersembang tapi aku tau nama dia sebab dia pakai name tag, aku selalu perasan dia ni selalu dalam dunia dia sendiri, kalau dalam tren dia akan pakai earfon, lepas tu tengok ipong dia, kadang-kadang gelak, kadang-kadang senyum. Yang paling peli...

Orang Kata

Orang kata, Hidup ni bukan dunia mati, Hidup ni kena ada cinta, Hidup ni kena ada kerja, Hidup ni kena tengok bawah, Hidup ni kena cari tuhan, Tapi kau kata, Baik mati takda harta, Baik mati tanpa cinta, Baik mati dari takda kerja, Baik mati dari mendongak langit, Baik mengucap sebelum jumpa tuhan, Haa.. Tau pun nak mengucap, tapi hidup tetap macam bangkai.