Sekali Lagi... bersemi
Dup.. dapp dupp dap... Ahh rasa itu datang lagi.. kenapa.. mengapa.. sejak kebelakangan ini aku sering merasakan sesuatu yang sangat pelik, debaran yang begitu kencang sering kali aku merasakan seolah-olah jantungku mahu tercabut keluar dari tubuhku yang tidak berapa segagah insan ini... telah lama aku kehilangan rasa ini, semenjak kejadian itu, semenjak perpisahan itu aku seolah-olah bagaikan seorang yang telah di programkan hanya untuk tidur kerja dan makan. Tapi kini, segala rasa yang hilang itu kembali lagi. adakah ini sesuatu yang dinamakan kehidupan kembali? Tapi pada siapa dengan siapa dan bila?? ahhh semaklah aku dengan semua rasa ini!!! Aku Deen aku bekerja sebagai seorang penghantar surat, setiap pagi aku adalah sama seperti semalam, seminggu yang lepas, dua tahun yang lepas, dan lima tahun yang lepas, aku bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang fotografi tapi segalanya telah musnah hanya kerana kegagalan aku dalam merencanakan perjalanan kerjaya, hat...