Sekali Lagi... bersemi

Dup.. dapp dupp dap...

Ahh rasa itu datang lagi.. kenapa.. mengapa.. sejak kebelakangan ini aku sering merasakan sesuatu yang sangat pelik, debaran yang begitu kencang sering kali aku merasakan seolah-olah jantungku mahu tercabut keluar dari tubuhku yang tidak berapa segagah insan ini... telah lama aku kehilangan rasa ini, semenjak kejadian itu, semenjak perpisahan itu aku seolah-olah bagaikan seorang yang telah di programkan hanya untuk tidur kerja dan makan. Tapi kini, segala rasa yang hilang itu kembali lagi. adakah ini sesuatu yang dinamakan kehidupan kembali? Tapi pada siapa dengan siapa dan bila?? ahhh semaklah aku dengan semua rasa ini!!!

Aku Deen aku bekerja sebagai seorang penghantar surat, setiap pagi aku adalah sama seperti semalam, seminggu yang lepas, dua tahun yang lepas, dan lima tahun yang lepas, aku bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang fotografi tapi segalanya telah musnah hanya kerana kegagalan aku dalam merencanakan perjalanan kerjaya, hati, dan akal fikiran.

Lisa, seorang gadis yang aku kenal 8 tahun yang lalu ketika di bangku sekolah, merupakan orang yang pernah jadi tunjang dalam setiap usahaku, tapi segalanya telah musnah hanya kerana tiada kekuatan hati.

Kami merupakan kawan, sahabat, dan pasangan yang saling mencintai dan memahami, kemana saja aku pergi dan apa saja aku ingin zahirkan dari pemikiran aku, dia sentiasa ada untuk memberi kritikan dan tambahan dalam memastikan segala yang aku impikan berjaya.

Masih aku teringat aku ada mendapat tugasan untuk mengambil gambar bagi tujuan promosi pelancongan, aku fikirkan bayaran daripada hasil kerja aku ni aku nak buat perbelanjaan untuk pertungan kami, dan Lisa merupakan orang yang selalu ada di setiap hari ku untuk memberikan aku idea, cadangan dan tempat-tempat yang sesuai yang sangat menarik untuk aku dapatkan hasil gambar yang terbaik.

Tibalah hari yang dinantikan untuk aku pergi out-station selama dua bulan untuk aku siapkan tugasan aku, tak keruan rasanya untuk aku pergi melakukan tugasan tu kerana ini merupakan kali pertama aku kena buat tugasan seorang diri, tapi demi masa depan aku teruskan juga.

Hari-hari aku berlalu dengan rutin tugasan yang telahpun disusun bagi membolehkan aku mengikuti dan mengaturkan segala hasil yang terbaik yang diperlukan oleh pihak penaja, genap seminggu aku berada di perantauan aku telah mula merindui Lisa yang berada jauh di sana, walaupun setiap hari kami berbalas sms dan saling menghubungi.

Namun segala rasa itu aku ketepikan dahulu demi tugasan yang perlu aku siapkan, tanpa ku sedari, hampir sebulan aku berada di perantauan seronok rasanya kerana aku betul, betul tak sabar nak menantikan tempoh untuk aku pulang ke kampung halaman dan membina satu ikatan cinta antara aku dan Lisa.

Suatu hari, di malam yang penuh sunyi, hujan renyai membasahi bumi aku terlintas untuk membuka akaun Facebook aku, maklumlah hampir sebulan aku out station, dan sibuk bekerja, tak sempat aku untuk melayari sebarang talian internet, tapi entah kenapa malam itu hati aku jadi tak keruan seolah-olah sesuatu yang besar akan datang dalam hidup aku. aku cuba mencari apakah punca sehingga aku jadi tak tentu arah, tanganku yang memegang tetikus komputer ribaku ku halakan ke profil Lisa, alangkah terkejutnya aku dalam banyak-banyak post yang aku baca di wall-nya ada satu yang mencuit mata aku, "nite sayang love u so much" post itu telah dihantar oleh seorang yang ku anggap sebagai rakanku sendiri, Mamat.

Mamat? apa hubungan si Mamat ni dengan Lisa? soal hatiku, aku cuba berfikiran positif dan terus matikan komputer ribaku kerana hari sudah jauh malam, esoknya selepas selesai aku melakukan tugasan, aku menggapai telefonku dan aku terus telefon Lisa, aku bertanyakan berkenaan perkara yang aku nampak di wall-nya malam tadi dia, cuba mengelak tapi firasat aku kuat mengatakan ada "sesuatu" yang sedang terjadi, aku terus bertanyakan perkara tersebut sehingga Lisa menceritakan hal yang sebenarnya.

Alangkah terkejutnya aku, apabila Lisa menceritakan dia dan Mamat sedang dilamun cinta dan Lisa meminta aku untuk mengundurkan diri, tak dapat aku bayangkan betapa hancurnya hati aku ketika itu ibarat aku sedang berdiri di atas sebuah pelabuhan yang kecil dan ombak besar telah datang menghempas serta menghancurkan segala yang ada di pelabuhan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan pun. Aku cuba kuatkan semangat dan mengatakan pada diriku ini semua hanya mimpi dan satu gurauan sahaja kerana aku tidak mahu perkara sebegini menganggu tugasanku kerana hanya tinggal seminggu sahaja lagi tempoh aku disini untuk mempersiapkan segalanya.

Hari yang dinanti telah pun tiba, aku pulang ke tanah airku, dengan hati yang masih lagi mempersoalkan berkenaan perhubungan Mamat dan Lisa, setelah aku menerima bayaran penuh dari tugasan ku, aku cuba menghubungi Lisa, tapi satu pun daripada panggilanku tidak dijawab, hatiku bertambah runsing kerana Lisa tidak pernah berkelakuan sebegini.

Tiba-tiba, mataku terpaku kearah sepasang kekasih yang berada di seberang jalan di tengah kota raya sambil ketawa riang berjalan berpegangan tangan, aku cuba perhatikan dengan lebih dekat, luluhnya hatiku apabila pasangan yang aku nampak itu adalah Lisa dan Mamat.

Dengan hati yang luruh ibarat lunturnya warna di dinding bangunan, aku berlalu pergi dan aku pulang kerumah, sakitnya hati menanggung pilu yang teramat sangat, aku cuba sedaya upaya untuk melupakan apa yang telah aku nampak di hadapan mata aku siang tadi, tapi ternyata segala usaha aku tidak berbaloi, masakan tidak aku korbankan masa aku untuk menyiapkan tugasan, demi mengejar impian membina hidup yang lebih baik bersama Lisa, tapi segalanya hancur lebur tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Hampir setahun aku hidup dalam keadaan 'mati' akhirnya aku bertekad untuk melupakan segalanya dan memulakan hidup yang baru, ya kali ni aku nekad, dan aku akan menjalani kehidupan aku dari permulaan, dan aku telah berjanji untuk menjadikan segala yang berlaku hanyalah sejarah silam serta aku tidak lagi akan hidup dalam alam fana cinta yang telah 'mematikan' kehidupan aku yang dulu.

kemana aku pergi, apa aku lakukan, bayangan Lisa seolah-olah kuat mengekori aku, aku tak sanggup nak hadapi, sehinggakan aku terbayang dia sedang berdiri di muka pintu memanggilku dalam keadaan kesejukan menahan hujan, aku jadi lemah, sehingga tak mampu berfikir dan aku hanya mampu mengambil keputusan untuk mengubah hidupku seratus peratus, dengan menukar kerjayaku dan cara hidupku.

Aku telah diterima bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarika swasta dan ia merupakan jalan terbaik untuk aku keluar dari luka yang menghantui diri ini. Lima tahun berlalu, segalanya yang aku lalui adalah biasa, bangun pagi, bersiap untuk kerja, petang balik kerja bersiap untuk ke surau, balik dari surau aku tidur, dan bersedia untuk rutin keesokan harinya pula begitulah hari-hariku berlalu.

Entah kenapa sejak seminggu ni hati aku seolah-olah dipanggil oleh seseorang, tapi suara yang tak berapa jelas tu sangat jauh seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu kepadaku, hati aku pun jadi tak menentu, perasaan apakah ini? kenapa aku rasa begini? aku terus mempersoalkan rasa ini. Tapi aku tetap kuatkan semangat untuk terus melakukan pekerjaan ku kerana pada ku ia hanyalah sebuah mainan fantasi yang berlegar-legar dalam fikiranku.

Suatu pagi ketika aku terjaga dari tidur, sewaktu bersiap-siap untuk ke pejabat, hati aku sekali lagi di datangi rasa itu.. entah kenapa pagi tu rasa itu semakin kuat.. aku teruskan rutin harian ku.. setibanya di pejabat, seperti biasa aku ke kaunter hadapan untuk mengambil surat-surat yang hendak dihantar, yang bertulis "urgent" aku letak dibahagian atas kerana ia perlu sampai sebelum tengah hari.

Selesai sahaja menghantar surat-surat penting tadi aku singgah di gerai untuk minum pagi, dan ketika sedang minum, entah kenapa mataku terpandang satu surat yang berada di dalam raga motorsikal ku, aku buat seperti tiada apa yang berlaku, cepat-cepat aku habiskan air dan sambung menghantar surat.

Maka, semua surat telah pun dihantar, hanya tinggal satu sahaja lagi bungkusan yang aku perlu hantar, jam di tangan ketika itu baru sahaja menunjukkan pukul 3.00 petang, girang rasanya kerana hari itu aku dapat hantar semua surat awal dari waktu yang dijangkakan, tapi entah kenapa rasa berdebar itu kembali menghantui diri tapi kali ini lebih kuat, seperti biasa aku gagahkan juga diri untuk menghantar bungkusan berkenaan.

Tibanya aku di pejabat yang terakhir aku langkahkan kaki dengan penuh bergaya, maklumlah bungkusan itu merupkan yang terakhir pada hari itu, aku menolak pintu pejabat itu dengan tenang, setibanya aku di kaunter aku dikejutkan dengan satu suara yang bertanyakan kepadaku, "ye encik nak hantar apa" seolah-olah aku kenal akan suara ini tetapi tidak berapa ingat.

Aku perhatikan gadis yang berdiri di hadapanku, aku terpaku, aku terkedu, Lisa! tiba-tiba sahaja hati aku meruntun kerana gadis yang berdiri di hadapanku merupaka Lisa, seorang yang pernah menjadi penguat semangat aku suatu ketika dahulu, seorang yang pernah menjadi pendorong di kala aku sedang mencari idea dan buah fikiran sewaktu melakukan tugasan, namun segalanya mati.

Secara tak sengaja, segala kenangan sepanjang lima tahun yang lalu menjelma diingatan aku, seolah-olah sedang memutarkan sebuah rakaman yang dipancarkan melalui siaran LCD.. kami terpaku dan berpandangan antara satu sama lain, dan pandangan kami itu terputus kerana telefon bimbitku berbunyi, setelah Lisa  selesai menurunkan tandatanganya di invois penerimaan, aku memberinya nombor telefonku dan aku beredar dengan pantas, haha bodohnya aku kerana memberikan nombor telefon ku kepadanya dengan harapan dia akan hubungi aku.

Pulang saja aku ke rumah, aku terus menuju ke sofa untuk merebahkan diri, aku termenung memikirkan perkara yang aku lalui hari ini dan sejenak aku terfikir, adakah debaranku selama ini petunjuk untuk aku bahawa aku akan bertemu dengan Lisa, kerana selepas bertemunya tadi segala rasa tu hilang mengikut tiupan angin bayu...

Malamnya, setelah pulang dari menunaikan solat isyak di surau aku lihat telefon bimbitku menyala dan ku gapai untuk lihat apa yang berlaku, ada lima panggilan tak dijawab dari nombor yang aku tak kenali, hajat hati aku memang nak telefon balik, tapi aku terlupa kerana aku terlelap selepas aku makan pada malam itu, pada keesokan paginya aku menerima SMS dari nombor yang sama mengucapkan "selamat pagi".

Aku mula berdetik, tak kan dari Lisa kot, aku cuba hubungi nombor tu, ya memang dari Lisa, tak sangka aku dia telefon aku.. senyum panjang aku sepanjang pagi.. tapi aku harus beringat jugak dia tu milik orang lain.. bukan seperti lima tahun yang dulu.

Tak sangka aku, hari itu satu sejarah bakal tercipta sekali lagi, Lisa ajak aku keluar lunch sekali, nak di tolak orang dah pelawa, jadi aku ikutkan je sewaktu tengah lunch hampir dari separuh waktu rehat yang ada aku tidak mengelurkan sepatah perkataan pun, sehinggalah Lisa yang bertanyakan bagaimana kehidupan aku sekarang.

Penuh tenang aku ceritakan apa yang aku lalui sepanjang lima tahun, bunyi macam banyak tapi hakikatnya hanyalah hari-hari yang sama bagi seorang yang 'koson', tiba-tiba bibir gatal aku bertanyakan tentang hubungan Lisa dan Mamat.

Pada mulanya Lisa hanya diam tapi setelah aku desak perlahan-lahan dia ceritakan, setahun selepas dia tinggalkan aku Mamat mula menunjukkan belangnya, aku istighfar panjang, rupa-rupanya selama ini Mamat hanyalah berlakon baik demi mendapatkan Lisa sahaja, pada hakikatnya Mamat merupakan seorang penagih, kaki judi dan penyamun, Mamat telah pun ditangkap polis, dan kini sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan.

Sejak dari hari itu hubungan kami bertambah rapat dari hari ke hari dan bibit cinta antara kami pun mula berkembang kembali, aku telah membuat keputusan untuk melamar Lisa dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar keluarga Lisa menerima kunjungan keluargaku dengan baik perbincangan antara dua keluarga pun berjalan dalam keadaan yang sangat teratur dan penuh adat.

Akhirnya aku dan Lisa telah pun disatukan dalam satu ikatan rumah tangga dan kami saling hidup bahagia seperti pasangan suami isteri bahagia yang lain dan inilah dia "sekali lagi... bersemi" oh ya tidak ku lupa rakan kami Mamat telahpun berjaya menajalani rawatan pemulihan dan kini sedang bergiat dalam bidang perniagaan dan perniagaan semakin maju dari hari ke hari..benarlah kata pujangga, "walau sejauh manapun ditolak, andai ia milik kita, ia akan tetap jadi milik kita, dan sekuat mana pun bertahan, andai tertulis bukan milik kita, ia tak akan jadi milik kita" cuma masa yang menentukan segalanya.

Hanya kesabaran keteguhan iman yang dapat menjamin kehidupan yang abadi menuju jannah... seperti mana yang tertulis dalam lagu ini,

Ku pendamkan perasaan ini...
Ku rahsiakan rasa hati ini...
Melindungkan kasih yang berputik...
Tersembunyi di dasar hati...

Ku pohonkan petunjuk Illahi...
Hadirkanlah insan yang sejati...
Menemani kesepian ini...
Mendamaikan sekeping hati...

Oh Tuhanku...
Berikanlah ketenangan abadi...
Untukku menghadapi resahnya hati ini...
Mendambakan kasih insan yang ku sayang...

Dihati ini hanya tuhan yang tahu...
Dihati ini aku rindu padamu...
Tulus sanubari menantikan hadirmu...
Hanyalah kau gadis pilihanku...

Kerana batasan...
Adat dan syariah...
Menguji kekuatan...
Keteguhan iman...
Insan yang berkasih...

p/s: cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Comments

Bookids Edutoys said…
Salam...
Apa ye tajuk penuh lagu rintihan tu..sedap betul..

tq
wsalam lagu yang mana satu tu yea...

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.