Posts

Showing posts from 2015

BATMAN VS SUPERMAN- SIAPA YANG MENANG?

Image
Pertempuran yang ditunggu-tunggu peminat adiwira diseluruh dunia. Lelaki Kelawar melawan Lelaki Hebat he he siapa pemenangnya? Ini semua akan terjawab nanti apabila pertempuran bermula pada bulan March,2016 (US). Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pertempuran kedua-dua adiwira ini terjadi? Semuanya bermula akibat salah faham akibat diapi-apikan oleh sang batu api. Bagi anda yang memang meminati kedua-dua watak ini pasti akan tertanya-tanya bolehkah Batman melawan kekuatan fizikal Superman? Jawapannya memang boleh sebenarnya. Batman jika diberi masa merancang strategi, beliau memang boleh menentang sesiapa sahaja. Kebijaksanaan Batman adalah kelebihan beliau yang sangat menakjubkan. Pada pandangan Superman, Batman hanyalah pembunuh(vigilante) yang menegakkan keadilannya sendiri dan wajar dihalang. Disisi lain, Batman berpendapat kedatangan lelaki hebat ini hanya akan menyebabkan ancaman kepada bumi. Mustahil sang alien ini baik; mungkin juga beliau ingin menguasai bumi d...

MENDAPAT: Suami Menggelabah Baju Kurung Sutera Isteri Bertukar Jadi Pretzel Auntie Anne

Image
Viral di laman sosial pada waktu ini adalah kisah lucu seorang suami yang berniat mahu membantu isterinya membasuh kain dengan menggunakan mesin. Namun tidak semena-mena sepasang baju kurung sutera kesayangan isterinya bertukar menjadi seperti roti Pretzel Auntie Anne. Nasib baik isterinya sporting habis, langsung tak naik angin kerana bajunya rosak, sebaliknya minta digantikan dengan sepasang baju pereka terkemuka. Dipetik dari Siakap Keli

Eh! Betol keeee??! Selfie Punca Remaja Hilang Keyakinan Diri, Kemurungan dan Masalah Mental

Image
Sudah menjadi kebiasaan remaja moden (tidak ketinggalan orang dewasa) menjadikan media sosial sebagai platform utama atau rutin seharian. Celik saja mata, laman Facebook, Instagram atau Twitter dijengah sebelum mula mandi. Sudah pasti kebanyakan remaja akan melihat foto, video atau status rakan lain, malah individu tidak dikenali rapat seperti selebriti yang diikuti atau ‘follow’ dalam laman sosial masing-masing. Namun tanpa disedari, ia sebenarnya menggugat perasaan tidak senang apabila melihat foto cantik rakan lain sehingga menyebabkan ada segelintir yang hilang keyakinan diri. Selfie misalnya sepatutnya menjadikan hidup lebih ceria dan tidak mendatangkan bahaya, namun apabila wujudnya ketagihan selfie dan disfungsi penggunaan Internet, ia mendatangkan kebimbangan kepada pengguna media sosial itu sendiri. Pengasas bersama firma pemasaran media sosial yang kini mengkaji kesan laman sosial dalam tesisnya, Choo Mei Sze berkata, dunia belum menyaksikan kajian media sosial secara...

AL- FATEH VS DRACULA

Image
Jika disebut nama Muhammad Al-Fateh(Mehmed II) ataupun Mehmet The Conqueror sudah pasti terbayang di dalam fikiran kita bahawasanya Sultan ini adalah seorang yang telah diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin dan dibawahnya juga sebaik-baik tentera yang pernah dihasilkan oleh sebuah empayar islam. “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Raja yang menaklukinya ialah sebaik-baik raja dan tentera yang berada di bawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera.” [Hadis Riwayat Ahmad Bin Hanbal, Al-Musnad (4/335)] Begitulah seorang Raja yang dijanjikan dan diiktiraf oleh Rasulullah SAW 800 tahun sebelumnya sebagai sebaik-baik raja dan dibawahnya terdapat sebaik-baik tentera. Zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh juga dikenali sebagai zaman yang berlakunya perluasan kuasa yang sangat besar bagi empayar Turki Uthmaniah. Namun entri pada kali ini bukanlah untuk menceritakan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Kota Constantinople, tetapi entri kali ini c...