medium dan media..
Dalam zaman yg serba canggih ni, kita selalu lupa, yang manusia semakin lama semakin bebas bersuara, menyatakan pendapat, meluahkan perkara, samaada yang baik ataupun yang buruk. sebagai contoh, sekitar tahun 70an, 80an, dan 90an, media telah digunakan oleh semua orang untuk menonjolkan diri, seperti menghanatar biodata diri melalui pos ke majalah-majalah tabloid tempatan, dan dari situ kepada sesiapa yang ingin berkenalan akan mengambil alamat, dan gambar sebagai rujukan, dan bermulalah episod mengutus surat. Zaman terus berlalu, dan telefon mudah alih pula menjadi sasaran untuk berkenalan dan berkomunikasi, memang tidak dinafikan, kewujudan telefon mudah alih sangat penting dalam memajukan sesebuah perjalanan kemoden di setiap negara, Kini, dengan komputer, internet jalur lebar telah berjaya melangkaui zaman, kehadiran jalur lebar telah membuka lembaran baru yang lebih tepat dan efisyien kemuculan laman sosial seperti myspace, friendster, twitter, tagged, dan facebook telah banyak mengubah cara pemikiran manusia, dari yang suka mengkaji telah berubah kepada pencari, laman sosial ni juga telah banyak membantu menyelesaikan segala macam masalah, tetapi, laman-laman ini juga telah banyak mendatangkan masalah, contohnya sekiranya terjadi pertelingkahan "wall to wall post" telah mnyebabkan seseorang individu itu mendapat aib, dan akan ramai yang tertanya-tanya dengan siapa kita bergaduh tu?? jadi hakikatnya dari zaman ke zaman pasti ada medium-medium baru yang dipertengahkan tujuannya tetap sama, menemukan dua hati, mengumpul kembali kawan-kawan dan sahabat yang dah lama terpisah, dan juga menjadi medium untuk melancarkan perang.. sebagai manusia kita telah dikurniakan akal untuk menilai setiap baik dan buruk sesuatu perkara. sampai sini dulu. nanti kite sambung lagi dengan topik-topik baru.
Comments