SKRIP DRAMA PENTAS ADI DAN FIZI: KEMBARA DUA DIMENSI
SINOPSIS
A
|
di dan fizi, dua rakan sekelas yang tidak pernah
sehaluan, apasaja yang lahir dari buah fikiran adi, sentiasa dibangkang fizi,
begitu juga sebaliknya, pada suatu hari mereka mengikuti rombongan pengakap
masuk ke hutan, dan semasa di tapak perkemahan itu, mereka berdua telah
tersesat dan memasuki satu alam yang lain dari dunia mereka, masing-masing cuba
menunjukan kehebatan mereka mencari jalan pulang namun segala usaha itu
menemukan jalan buntu, sehinggalah mereka bertemu Merah dan Putih, Pandir,
Badang serta Belalang. pelbagai dugaan mereka terpaksa tempuhi namun,
berjayakah mereka bekerjasama untuk mencari jalan keluar? dapatkah mereka
bersatu tenaga menempuh semua dugaan yang bakal mereka temui?
Watak-watak:
ADI
FIZI
CIKGU DIN
AJIS
MERAH
PUTIH
PANDIR
BADANG
BELALANG
RAKAN-RAKAN
LATAR PENCERITAAN
1)
Di dalam sebuah kelas yang
sedang mengadakan perjumpaan persatuan.
2)
Perkarangan Sekolah.
3)
Pinggir Hutan.
Babak Satu: Di dalam kelas.
1.
Adi: Hai kawan-kawan!!
nampaknya pihak sekolah akan adakan camping untuk persatuan pengakap nanti? haa
boleh la kamu semua pilih saya sebagai ketua untuk kem itu nanti ya??
rakan-rakan persatuan tersenyum tiba-tiba Fizi berdiri.
2.
Fizi: ewah-ewah, sedap je
nak lantik diri sendiri. tak tahu malu.
3.
Adi: habis tu nak lantik
awak? hah.. boleh ke awak jadi ketua kepada kami semua nanti haa???
4.
Fizi: saya ni takde la
hebat sangat. tapi kalau nak minta jadi ketua saya boleh je. lagipun sayakan anak
sulung dalam keluarga. bukan macam awak tu, anak tunggal nak bimbing adik pun
tiada, inikan pula nak bimbing banyak kepala.. sudah-sudahlah bermimpi tu...
hahahhah
yang lain turut ketawa manakala Adi dan Fizi mula
bercakaran sesama sendiri. sehingga guru persatuan mereka masuk ke kelas.
5.
Cikgu Din: Adi!!! Fizi!!
apa yang kamu buat ni?? sudahh!!
mereka tergamam dan saling menyalahkan sesama sendiri.
6.
Cikgu Din: Sudah! pergi
duduk tempat masing-masing. cikgu nak buat pengumuman.
mereka masih lagi bermasam muka sambil berlalu duduk di
tempat masing masing.
7.
Cikgu DIn: Baiklah untuk
pengetahuan anak-anak sekalian, pihak pengurusan sekolah telah pun berbesar
hati untuk menganjurkan kem motivasi yang akan diadakan di kawasan perkelahan
Ulu Kenas. dengan ini cikgu tak nak membuang masa membuat cabutan undi memiilih
ketua. cikgu sendiri dengan berbesar hati melanti Ajis sebagai ketua kamu
semua.
8.
Ajis: Terima kasih cikgu,
amanah cikgu akan saya jalankan dengan baik dan jayanya.
9.
Adi dan Fizi: Ajis???
10.
Cikgu Din: baiklah di
tangan cikgu ada surat kebenaran yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa kamu.
ingat! surat ini perlu dihantar selewat-lewatnya hari jumaat ni. kerana kita
akan mulakan perjalanan kita pada hari jumaat minggu hadapan.
11.
Murid-murid: baik cikgu.
12.
Ajis: Haishh kenapa masih
kurang sorang ni? siapa lagi yang tiada ya?
13.
Fizi: Alaaa ajis macam la
awak tak tahu, Adi si anak manja tu kan memang sentiasa lembab, maklumlah tak
pernah berjauhan dari keluarga.
14.
Ajis: Sudah-sudah jangan
kecohkan keadaan nanti cikgu Din dengar naya kita.
15.
Cikgu Din: Haa ada apa
masalah ke?
16.
Ajis: takde apa-apa cikgu
cuma kita masih lagi menunggu si Adi. yang lain semua dah ada
17.
Cikgu Din: haa tu pun Adi.
18.
Fizi: Haish lembab. punca
je kita semua lambat bergerak
19.
Adi: diam lah kau! sebok
je! Maafkan saya cikgu sebab lambat tadi tertinggal barang..
20.
Fizi: (Menunjuk kearah
bagasi Adi) niii nak pergi camping ke nak pergi Canada?? hahaha
21.
murid lain turut ketawa.
22.
Adi: Dah ini je beg yang
ada untuk dibawa. awak suka sangat menyibuk hal saya kenapa?
23.
Cikgu Din: Heii
sudah-sudah.. Fizi pergi naik bas. Adi pergi letak beg. kita dah nak bertolak
ni.
Babak Tiga: Di Lokasi tapak perkemahan
24.
Cikgu Din: Haa kita dah pun
sampai ke lokasi. baik lah anak-anak disini cikgu nak ingatkan. yang pertama,
patuh arahan Ajis, kerana setiap arahanya datang dari cikgu, kedua jangan buang
sampah merata-rata, ketiga jaga tingkah laku dan yang terakhir keempat.
bergerak dalam kumpulan.
Murid-Murid mula memunggah barang untuk menyiapkan tempat
perkemahan.
25.
Adi: Cikgu saya nak pergi
buang air..
26.
Cikgu Din: Baiklah pergi
berteman, Fizi temankan Adi.
27.
Fizi: haaa kenapa saya cikgu
kan ramai lagi yang boleh teman anak manja tu???
28.
Cikgu DIn: Ini satu arahan.
pergi.
29.
Adi: Cepatlah saya dah tak tahan ni..
30.
Fizi: Yelah cepatlah jalan…
nanti bocor kat sini jadi satu hal pula…
Adi dan Fizi Bergerak hingga ke hujung pentas. tiba-tiba
suasana berubah apabila semua terdengan suara mereka menjerit.
Babak Empat: Fizi dan Adi tiba satu tempat yang mereka
sendiri tidak ketahui
31.
Adi: aduhh sakitnyaa.. Eh
kita kat mana ni??
32.
Fizi: eh yang awak tanya
sayani kenapa? awak ingat saya tahu ke kita kat mana? entah entah kita sesat!!
Kedua-dua mereka menjadi cemas kerana mereka tak tahu
arah mana yang mereka perlu ikut. Mereka menjerit-meminta tolong namun tiada
siapa yang mendengar jeritan mereka.
33.
Adi: Yang saya ingat tadi
kita terpijak timbunan daun dan kita sama-sama tergelincir sampai kesini.
34.
Fizi: Awaklah ni. kalau
awak tak gatal-gatal nak pergi buang air kita tak akan sampai kesini.
mereka saling menyalahkan antara satu sama lain.
35.
Fizi: ahh sudahlah. kalau
kita asyik bertekak sampai bila pun tak jumpa jalan balik, sekarang kita
gunakan kompas. (Fizi mengeluarkan kompas mencari arah) tapi... kita nak ikut
arah mana?
36.
Adi: Hemmmm apalah awak ni
kompas je mahal tapi tak reti guna. memalukan! sudahlah kita ikut arah anak
sungai. mana tahu kita akan jumpa muara yang boleh bawa kita keluar dari sini.
mereka mula mengikut arah anak sungai sehingga mereka
terjumpa sebuah rumah usang dan mereka melihat kekecohan sedang berlaku di
perkarangan rumah tersebut mereka segera bersembunyi.
37.
Merah: Hei Putih! kau
kemana ha? dari pagi sampai tengah hari kau hilang?
38.
Putih: Maafkan Putih
kakak.. Putih pergi kerumah tok penghulu kerana hendak mengambil daun sireh
untuk mak kundur.
Merah kurang berpuas hati lalu menuduh Putih menjalinkan
hubungan sulit dengan anak penghulu walaupun Putih menafikanya namun Merah
masih geram dan lantas mengambil parang lalu hendak ditetaknya si Putih
tiba-tiba Fizi bersuara.
39.
Fizi: heii kenapa kamu
hendak menetak adik kamu, kan dia cakap dia pergi ambil daun sireh tadi??
40.
Merah: Hah! siapa pulak
kamu ni? datang tak dijemput. pandai-pandai nak mencelah hal kami adik beradik.
41.
Fizi: saya ni datang dari
tempat yang tak diketahui tapi saya nampak apa yang jadi tadi, bukankan adik
kamu dah cakap dia pergi ambil daun sireh je. kamu ni jangan la tuduh yang
bukan-bukan.
42.
Merah: Ewah-ewah kamu pula
nak mengajar aku. heii dia adik ku aku tahu lah dia buat apa dan kemana. memang
la daun sireh rumah tok penghulu merupakan daun yang terbaik dan sedap tak tak
mustahil dia akan jalinkan hubungan sulit dengan anak tok penghulu kerana
anaknya kacak dan putih ni cantik jelita.
43.
Fizi: Nahhh kamu sendiri
dah beri jawapan atas kecurigaan kamu. haha kamu iri hati sebenarnya Putih lagi
cantik dari kamu dan menjadi kegilaan orang kampung dan kamu sebenarnya yang
tergila-gilakan anak tok penghulukan?? cuba kamu lihat tangan putih.. kan ada
daun sirehnya tu cantik molek semua jelaslah dia dari rumah tok penghulu.
44.
Merah: Kamu yakin dia tak
jalinkan hubungan sulit?
45.
Fizi: Tidak pula saya kata
saya pandai tapi kamu nilai la sendiri. tapi dari pandangan saya tak nampak
pula kesan-kesan yang mencurigakan.
46.
Merah: Terus??
47.
Adi: Haa bersangka baik
itukan dituntut dalam islam. dan fitnah itukan satu dosa yang lebih besar dari
membunuh?
Merah terdiam dan terus memeriksa sekeliling badan Putih.
48.
Merah: Baiklah kakak minta
maaf dik sebab kakak keterlaluan dalam menuduh kamu. maafkan kakak ye dik.
49.
Fizi: Haa elok lah macam tu
saya ni pun anak sulung dalam keluarga jadi setiap kali adik-adik saya buat
salah saya akan bertanya terlebih dahulu dan siasat. tidaklah pula saya tuduh
melulu. nanti buruk padahnya.
50.
Merah: hemm baiklah kakak
janji lain kali kakak akan lebih berhati hati dalam membuat keputusan.
Adi terdiam saat melihat perkara itu dan perasaan
marahnya terhadap Fizi mula berkurangan.
51.
Merah: Kamu berdua ni siapa
sebenarnya dan dari mana.
52.
Adi: Begini kak. sebenarnya
kami tersesat, kami ada kem motivasi disini, jadi saya nak minta bantuan jasa
baik kakak untuk tunjukan jalan keluar.
53.
Putih: Ohh haa kalau begitu
kamu ikut anak sungai ni. sampai di hujung sana ada satu pondok kecil dan ada
seorang lelaki di sana yang sentiasa menunggu jerat ayam hutanya. mungkin dia
boleh bantu kamu mencari jalan keluar.
Mereka meneruskan perjalanan melalui anak sungai.
54.
Adi: Pakcik, Pakcik tengah
buat apa tu?
55.
Pandir: Apa kau tidak
Nampak yaa?? Aku tengah berengang.
56.
Fizi: Berengan? Tapi..
bukankah pakcik tengah basuh sayur kobis?
57.
Pandir: Haaa pandai punnn
itu pun nak Tanya lagi?? Kamu berdua ni nak apa?? Nampak aku tengah sibuk ni??
58.
Fizi: macam ni pak cik,
sewaktu saya temankan dia ni kami terpijak timbunan daun dan tergelincir. Lepas
tu kami terus berada disini.
59.
Pandir: ooo begitu.
60.
Adi: (Penuh kehairanan)
pakcik kenapa pakcik buang sayur kobis ni macam tu je.
61.
Pandir: aduhhh sibuklah
kamu. Ni haa aku tengah mencari mana isinya kobis ni.. sudah hampir lima biji
aku kupas. Tapi satu pun tak jumpa isi lagi.. peliklah isteriku ni.. suruh aku
buat kerja yang sia-sia..
62.
Fizi: (ketawa) pakcik..
sayur kobis mana ada isi.. yang pakcik buang itulah untuk dimakan.. haha…
pakcik ni lawaklah..
Mereka berdua ketawa menyaksikan gelagat Pandir yang
dalam keadaan kelam kabut setelah mendengan kata-kata Fizi.
63.
Pandir: Aikk.. laa habis tu
yang aku buang tu semuanya untuk dimakan ya?
64.
Adi dan Fizi: Benar pakcik.
65.
Pandir: Apa.. Kobis ni
tiada isi?
66.
Adi dan Fizi: Betul
pakcik..
67.
Pandir: habislah aku kena
marah nanti dengan isteriku.. hampir lima biji aku kupas semuanya berlalu
dibawa arus sungai.
Mereka ketawa lagi sehingga Pandir naik marah..
68.
Pandir: Heiii kamu ni seronok
ya ketawakan aku?? Sudah aku malas nak tolong kamu.. daripada aku fikirkan hal
kamu lebih baik aku fikirkan cara bagaimana aku nak menjawab dengan isteriku
nanti.. kamu berdua bukan tahu pun kalau mak andeh tu marah masakkk akuuu…
69.
Fizi: Mak Andeh?? Ini Pak
Pandir ke?
70.
Pandir: habis tu kamu fikir
aku ni siapa? Seluruh kampung kenal aku.. heii sudahlah pergi!! Aku kata pergi
jangan kusutkan keadaan aku..
71.
Adi: Pakcik jangan lah
marah marah saya minta maaf ni semua salah si Fizi ni dia yang ketawakan
Pakcik.
72.
Fizi: Ehh saya pula.. awak
tu yang Tanya soalan memalukan dia.. kesian dia.
73.
Pandir: Sudahh sebelum aku
hambat kamu dengan kayu ni. Baik kamu pergi.. Pergii!!!!!!
Mereka melarikan diri ke hutan meninggalkan Pandir dalam
keadaan Kusut. Mencari jawapan apa yang hendak dijelaskan pada Mak Andeh nanti.
Sesekali perjalanan mereka terhenti kerana Adi keletihan
lalu minum air sungai sebagai pelepas dahaga. Mereka juga seringkali diganggu
oleh bunyi-bunyi hutan, kadangkala Fizi menyakat Adi .
Babak Enam: Di Tanah Lapang Kelihatan seorang lelaki
sedang mengangkat kayu untuk di jadikan kayu api.
74.
Fizi: Eh jom kita Tanya
abang tu mana tahu dia boleh bantu kita untuk balik ke tempat asal kita.
75.
Adi: Awak pergilah Tanya
nanti kalau saya yang pergi saya silap tanya awak marah saya lagi.
76.
Fizi: Hishhh sikit-sikit
merajuk anak manja ni.. macam perempuan! Abang… oo abang…
77.
Badang: haa kenapa. Tak
Nampak aku tengah sibuk ni. Kacau lah..
78.
Fizi: Abang saya nak tanya
abang tahu tak jalan nak keluar dari tempat ni? Kami tersesat?
79.
Badang: haa sesat?? Belum
pernah ada orang melintasi kawasan sini kata mereka sesat. Sebab kampung disini
semuanya dekat-dekat. Entah entah kamu ni pengintip siam tak?
80.
Adi: Ehh bukan bang..
betull kami tersesat entah macam mana lepas pijak timbunan daun kering tu kami
terus kesini.
81.
Badang: Pelik lah aku.. tak
pernah aku jumpa kejadian ni.. dan lagi pakaian kamu sangat pelik sudah tepi
sikit aku nak tebang pokok ni.
Mereka berundur dua-tiga tapak. Dan mereka sangat terkejut
kerana Badang membelah batang pokok dengan hanya menggunakan sebelah tangan
sahaja.
82.
Fizi: (Penuh kehairanan) Abang.
Macam mana abang belah batang pokok tu? Fuhh abang ni gagah macam Badang la…
83.
Badang: Aikk ini lagi
membuatkan aku pelik, dah memang aku ni Badang pun. Kamu berdua ni asal dari
mana? Siapa keluarga kamu?
84.
Adi: Kamu dari Ipoh bang..
keluarga kami semua di sana.. kami sekarang ni dah sesat.. tak tahu macam mana
nak balik.
85.
Badang: Ipoh?? Ehh kat mana
tu.. tak pernah aku dengar nama tempat Ipoh..
86.
Fizi: susah bang kalau kami
nak cerita. Sebab abang tengok kami pun dah pelik. kami yang tengok semua orang
kat sini pun kami jadi pelik bang.. sekarang ni kami perlukan bantuan macam
mana kami nak keluar dari sini.
87.
Badang: haaa. Sudahlah aku
pun semakin pelik dengan kamu berdua ni.. banyak kerja yang aku nak buat ni..
88.
Tiba-tiba Adi menangis.
89.
Fizi: heiii anak manja
betul laa sikit-sikit menangis.
90.
Badang: Kamu tu pun satu..
dia kawan kamu sepatutnya kamu saling membantu.. bukan saling menjatuhkan dah
dia menangis kamu sepatutnya pujuk dan tenangkan hati dia yang kusut tu.
91.
Fizi: emm yelah abang.. Adi
sudahlah tu kita teruskan perjalanan kita ye In Shaa Allah depan tu mesti ada
jalan untuk kita keluar. Kita usaha.
92.
Adi: Baiklah Fizi kita
sama-sama cari.. abang tahu tak jalan nak ke anak sungai di sebelah mana.
93.
Badang: haa macam tu laa
tak nangis dah takde la kusut kepala aku ni dengar budak-budak menangis. Kalau
kamu nak pergi ke anak sungai pergi ikut sebelah sana. Jalan tu terus sampai ke anak sungai aku tak
dapat teman aku nak tebang banyak pokok ni.. banyak orang tempah nak buat kayu
api. Sudah pergi kesana.
94.
Adi dan Fizi: Baiklah
abang.. terima kasih Assalamualaikum.
95.
Badang: Waalaikumsalam.
Mereka berdua berlalu pergi menuju kearah sungai untuk
mencari jalan keluar.
Babak tujuh: Di pondok kecil kelihatan seorang pemuda sedang
mengintai intai sesuatu solah-olah seperti menanti mangsa masuk ke jerat. Adi
dan Fizi memerhati tingkah pemuda tersebut.
96.
Belalang: (Berbisik) Haa
masukkk masukk masukkk..
97.
Tiba-tiba Adi Bersin!
menybabkan ayam hutan yang cuba dijerat belalang tadi lari.
98.
Belalang: Aduhhh siapa pula
yang buat bising ni??
99.
Adi: Maafkan saya abang,
saya tak sengaja. maafkan saya.
Belalang bangun dan pergi membetulkan jeratnya kembali.
100.
Adi: maaf abang tumpang
tanya. macam mana kami nak keluar dari sini.
101.
Belalang: Aikk.. kamu
berdua ni dari mana?
102.
Fizi: Macam ni tadi saya
temankan dia ni pergi buang air berdekatan kawasan perkelahan kami. tapi
malangnya. kami tergelincir dan terus kami sampai ke sini ni dan kakak di
hujung sana tu yang tunjukan jalan kesini. tempat apa ya bang??
103.
Belalang: Ohh sana kampung
sentosa.. disini kampung Beringin Rendang, nama abang belalang.
Adi dan Fizi saling berpandangan kerangan terkejut
mendengar nama pemuda tersebut.
104.
Belalang: abang rasa kamu
berdua ni mesti dah sesat. haa kalau nak minta bantuan untuk jalan keluar abang
tak reti sangat sebab yang pandai menilik dan boleh tunjukan jalan tu bapa
abang.
105.
Adi: Haa eloklah bang jom
kita jumpa bapa abang kita minta dia tunjukan jalan.
106.
Belalang: Tapi...
107.
Adi: Tapi apa lagi abang??
108.
Belalang: Dia dah meninggal
dik.. dah 10 tahun dah..
109.
Fizi: Alamakkk.. ni semua
kamu punya pasal.. menyesal saya teman kamu untuk pergi buang air.. tengok
sekarang ni kita dah sesat entah kemana. kalau ikutkan hatii!!!!!
110.
Belalang: Heiii jangannn
tak baik pukul kawan kamu. dalam keadaan macam ni kamu sepatutnya bersatu untuk
sama-sama mencari jalan keluar.
111.
Adi: Bersatu dengan dia
ni?? hishh kepala keras macam batu, susah nak dengar cakap orang. asyik nak dia
je betul mentang-mentanglah anak sulung
112.
Fizi: Kamu tu lagi lah..
anak manja semua nak berteman tak reti berdikari langsung dasar anak tunggal
yang manja!
113.
Belalang: Macam ni.. apa
kata kamu jadi kan kelemahan masing-masing itu sebagai saling melengkapi. kamu
(menunjuk kearah fizi) kamu sebagai anak sulung apa kata kamu memimpin
perjalanan dia. dan kamu (menuding kearah adi) kamu jadikan Fizi ini sebagai
teman untuk sama-sama berbincang mencari jalan keluar dan bantu dia berfikir.
kalau kamu asyik salahkan sesama sendiri sampai bila bila pun kamu tidak akan
berjaya. Dan ingat, kalau dalam apa saja keadaan pun andainya kita saling
menyalahkan sesame sendiri, kita hanya menemukan jalan buntu. Dik ingat ni.”Air
yang panas juga mampu memadamkan api yang marak” maksudnya walau setegang
manapun sesatu keadaan bawalah berbincang dan bukanya bercakaran.. In Shaa
Allah akan jumpa jua jalan penyelesaian.
Mereka saling berpandangan dan tiba-tiba airmata mereka
mula mengalir.
114.
Fizi: Adi... saya minta
maaf ya sebab selama ni saya selalu dengki dengan awak. awak untung jadi anak
manja macam-macam awak minta semua dapat saya ni asyik kena berkongsi je.
115.
Adi: Fizi.. sebenarnya saya
pun cemburu dengan awak, saya sunyi. walaupun saya dalam kemewahan tapi hati
saya kosong dan saya teringin nak merasa macam mana perasaan ada adik beradik..
saya minta maaf ya.
116.
Fizi: Mulai hari ini awak
anggaplah saya ni macam keluarga awak sendiri dan saya janji tak akan buli atau
marah awak lagi.
117.
Adi: Saya pun sama..
maafkan saya ya..
118.
Belalang: Haa baguslah
begitu. Arwah ayah abang dulu selalu berpesan. Kalau kita terlalu mengikut
nafsu dan hasutan syaitan, tanpa kita
sedar Negara juga akan turut tergadai.
Mereka mengangis berpelukan sehingga masing-masing
kepenatan dan tertidur.,.. Belalang mula mengundur dan menghilang dalam kabus
tebal.
119.
Cikgu Din: Ajis tolong
ambilkan sedikit air.
120.
Ajis: Baik Cikgu
Cikgu Din membacakan sedikit jampi dan diusapkan kemuka
Adi dan Fizi. Adi dan Fizi terjaga lalu mereka terus memeluk guru mereka.
121.
Cikgu Din: Haii apa yang
jadi ni.. macam mana kamu boleh hilang dan muncul disini? Cuba ceritakan pada
cikgu.
122.
Fizi: Panjang ceritanya
cikgu. Saya tak tahu mana nak mula.
123.
Adi: Betul cikgu, kami pun
tak reti macam mana nak cerita. Mulai hari ini berjanji tidak akan menjadi
budak nakal dan akan sentiasa patuh pada arah dan akan sentiasa saling
menyayangi antara satu sama lain.
124.
Fizi: Betul cikgu dan kami
juga akan sentiasa saling membantu dan tidak akan menyimpan iri hati antara
satu sama lain.
125.
Cikgu Din: Baiklah baguslah
kalau begitu, cikgu harap ini juga akan menjadi pengajaran kepada kita semua.
126.
Adi dan Fizi: Baik cikgu,
terima kasih ya cikgu.
Mereka bersalam dan berpelukan, semua rakan-rakan
persatuan mereka senyum sambil bertepuk riang.
- TAMAT -
Comments