Nasuha
Hari ini merupakan hari yang menggembirakan dalam hidup aku, selepas lima tahun aku menjalani kehidupan dibalik kamar besi. Azan subuh yang begitu sayup kedengaran seolah-olah bagai memanggil aku untuk kehidupan yang lebih sempurna di luar sana dan aku memohon supaya tidak diberikan lagi ujian seberat ini di masa hadapan. Masih ku ingat semuanya bermula apabila aku mula menapak di bandar besar ini, aku di sapa oleh seseorang dan mengenalkan dirinya sebagai Sam, katanya dia tengah cari orang untuk menggantikanya sebagai tugas seorang pemandu orang kenamaan. Bagaikan rezeki durian runtuh tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran itu dan dibawanya aku berjumpa dengan V.I.P tersebut. Aku diterima bekerja sebagai pemandu sementara Sam pulang ke kampung halamanya untuk menguruskan tanah tinggalan keluarganya. Hampir setahun aku bekerja sebagai pemandu namun sepanjang tempoh ini aku tidak pernah lagi memandu orang kenamaan tersebut ke pejabatnya. Hanyalah ke gudang, katanya dia banyak be...