Posts

Showing posts from January, 2014

Kota Tarim-Lambang keperibadian wanita muslim

Kaum wanita di kota Tarim Hadramaut jauh berbeza dengan sebagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Wanita-wanita Tarim sudah terbiasa sejak kecil dibesarkan dilingkungan ulama, siang malam mereka hanya berbicara mengenai majlis ilmu, alqur'an, adab, akhlak, tasawwuf. Mereka dibesarkan tanpa mengenal muzik, tidak kenal kebiadaban, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya itu tidak pernah melihat lelaki selain ayahnya dan pakciknya. Ketika mereka menikah, bila ditanya apakah perasaan mereka bila pertama kali bertemu lelaki (suami), mereka menjawab : "Saya bingung. Seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain kakak kandung saya, lalu ini ada lelaki asing duduk di kamar saya." Begitulah hidup mereka. Mereka tak pernah menyusahkan suaminya. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja yg perlu dibeli, mereka tak berani memberitahu suaminya kerana takut suaminya tidak ada wang atau sedang sibuk. Begitu juga dengan suami mereka. Pergi ke pasar...

Bahaya fasik dan pengfitnah

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu mem fitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah) “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191). Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja m...

Bicara pendek ruangan media sosial

Profile Picture kejap "kepala tutup" kejap lagi pulak "kepala bogel". Ingat masuk neraka ni kejap2 ke? *Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (QS an-Nur [24]: 31) 

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk 2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur 3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur 4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam 5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur 6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan 7- Berwuduk Sebelum Mandi 8-Baca Doa Selepas Wuduk 9-Jimat Penggunaan Air 10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat 11-Menjawab Seruan Azan 12- Banyak Bersugi 13- Ke Masjid Awal 14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki 15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang 16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid 17- Sembahyang Berhadang 18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud 19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir 20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam 21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib 22- Sembahyang Dhuha 23-Qiyamullail 24- Sembahyang Witir 25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki 26- Sembahyang Di Masjid Quba’ 2...

SALAM MAULIDURASUL 12 RABI'ULAWWAL 1435H

Sedikit Mengenai Rasul Yang Kita Cintai. Apabila baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap, seolah-olah baginda sedang turun di lereng yang curam. Kulitnya (Nabi SAW) putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat.   MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W 1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. ..2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. ..3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. ..4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cir...

Lagi

Lagi moden teknologi Lagi banyak doa di atas papan kekunci Lagi banyak medium di muka bumi Lagi banyak perkara kuat tabi'e Lagi tinggi sumber mencari Lagi banyak ostad FB Lagi mudah manusia berhubung Lagi banyak yang mengandung Lagi tinggi permintaan pentas Lagi ramai mak ayah dicantas Lagi tebal kertas rasmi Lagi fitnah menjadi-jadi Lagi ramai yang disua Lagi banyak cerita melaga-laga Manusia kini mudah dibeli, Suap saja dengan mata berjumlah makin petah dia berkata, hingga lupa fitrah siapa dirinya, sampai bila mahu bersengketa, sampai bila mahu menuding sesama, dan sampai bila mahu menghalalkan darah mereka? Kamu perjuangkan kata agung tanpa kamu sedar kekuatan bersama boleh memohon pelindung, sering kamu bermegah dengan idealogi tanpa kamu persoalkan dimana transformasi, jangan ditutup minda yang sentiasa mahu bekerja, sebaliknya carilah pengikat satu kata dalam kancah medan bicara...

9 TANDA DIA AKAN MENJADI JODOHMU

Bismillahirrahmanirrahim. Detik dan saat yang kamu pasti akan yakin bahawa dia adalah jodohmu ialah dimana Ketika engkau berada dalam sebuah hubungan yang diperbolehkan Agama (Ta'Aruf) dan pada saat engkau :          1. Merasa tak berdaya ketika jauh jarak dengannya..          2 . Merasa telah mengenal ia dalam waktu yang lama..           3. Ada ikatan batin sehingga mampu merasakan apa yang ia rasakan.          4. Merasa tenteram di dekatnya..          5. Rahsia apapun selamat saat diceritakan padanya..           6. Sesibuk apapun, selalu tercipta waktu untuk menemaninya..           7. Setiap pembicaraan selalu dapat difahami..          ...

Pesanku di atas Paksi

Aku berdiri di bima sakti, tapi aku jarang untuk cenderung ke sisi, ketika aku berbicara yang Ku lihat gelap belaka, yang Ku rasa angin semata, ingin Ku langkah tapi takut tersadung, ingin ku undur takut terlentang, pada siapa nak aku berpaut, pada apa nak aku berpegang terkadang ku terfikir anduh juga tak mampu menahan patah yang lumpuh, ahhh! Persetan saja segala janji, pedulikan saja segala budi.. Yang ku ingin kau dengar suara kami, yang ku mahu, kau berdiri di laras ini.. Bukan empuk kerusi mu yang menjadi saksi, bukan pena kamu yang berdiri nanti.. Sang algojo datang menandakan habis, persiapkan saja semua jawapan bocor.. Janganlah gentar menjawab ujian, jika kau benar bersama sifat. Hanya satu pesan dari penulis cilik sepertiku, andai kau benar, jalankan ketelusan mu... Biar berat di paksi ini, agar mudah di masa abadi.