Lagi

Lagi moden teknologi
Lagi banyak doa di atas papan kekunci

Lagi banyak medium di muka bumi
Lagi banyak perkara kuat tabi'e

Lagi tinggi sumber mencari
Lagi banyak ostad FB

Lagi mudah manusia berhubung
Lagi banyak yang mengandung

Lagi tinggi permintaan pentas
Lagi ramai mak ayah dicantas

Lagi tebal kertas rasmi
Lagi fitnah menjadi-jadi

Lagi ramai yang disua
Lagi banyak cerita melaga-laga

Manusia kini mudah dibeli, Suap saja dengan mata berjumlah makin petah dia berkata, hingga lupa fitrah siapa dirinya, sampai bila mahu bersengketa, sampai bila mahu menuding sesama, dan sampai bila mahu menghalalkan darah mereka? Kamu perjuangkan kata agung tanpa kamu sedar kekuatan bersama boleh memohon pelindung, sering kamu bermegah dengan idealogi tanpa kamu persoalkan dimana transformasi, jangan ditutup minda yang sentiasa mahu bekerja, sebaliknya carilah pengikat satu kata dalam kancah medan bicara...

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.