SALAM MAULIDURASUL 12 RABI'ULAWWAL 1435H

Sedikit Mengenai Rasul Yang Kita Cintai.
Apabila baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap, seolah-olah baginda sedang turun di lereng yang curam.
Kulitnya (Nabi SAW) putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.
Badannya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat.  

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
..2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak
mempunyai kurma adalah seperti rumah yang
tidak ada makanan.
..3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh
mengubati buasir.
..4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia
membersihkan darah, menguatkan buah
pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan,
minuman segala minuman, ubat segala ubat.
Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut,
membuang kahak. Elok diminun waktu pagi
dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita
mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
..7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk
membuang panas badan. Menguatkan
belakang,memperbaiki otak memperbaharui
pandangan mata, membuang kelupaan.
..8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang
keluarga.
��9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan
rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan
& bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga
hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan
diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20
April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang
menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya
dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang
mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di
dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Salam Maulidul Rasul
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
1435H . ✅ 

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.