Dari Kita untuk kita..


Ok mungkin entry kali ni ramai yang akan bash aku.. tapi aku cuma luahkan apa yang ada dalam fikiran aku berdasarkan dari apa yang aku nampak... tak bermakna aku dah cukup perfect untuk buat posting berlandaskan teguran ni.. masing-masing masih belajar dan aku pun dalam proses belajar lagi..


paling selalu sekali yang aku perhatikan dalam ruangan-ruangan media sosial ialah orang berdoa, bukan aku
nak cakap tak boleh berdoa atau nak berdoa mesti di kawasan-kawasan tertentu je...  tapi aku pernah sekali di bash.. dengan ayat ni "nak doa kat mana-mana pun boleh" ok aku akui perkara tu betul tapi pernah dengar tak wall of wailing?? dan kenal tak siapa pencipta laman fb.. mungkin aku sekali lagi akan di bash.. tapi jika berfikir dari sudut minda yang dalam, ini merupakan satu cara yang perlahan untuk membunuh akidah... apa salahnya kalau senjata yang mereka cipta ni kita gunakan kesempatannya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan..mane la tahu boleh digunakan untuk persediaan kita...


seterusnya apa yang aku nampak.. dengan medium sosial ni jugak ramai orang jadi terkenal dalam sekelip mata pada aku kalau dikenali ramai melalui perkara yang baik tu tak jadi masalah.. tapi dikenali melalui aib yang kita sendiri buka...maka benarlah seperti yang dikatakan oleh Andy Warhol, seorang artis pop art culture yang terkenal sekitar tahun 1960-an "Manusia dimasa akan datang akan menjadi terkenal dalam masa 15 minit sahaja" dan ianya terbukti...

yang paling ketara sekali... ok benda ni aku akui aku sendiri pun pernah lalui dan aku menyampaikan ni adalah untuk tatapan umum dan perkongsian supaya tidak menjadi mangsa cemuhan dimasa depan.. aku nampak banyak sangat pasangan yang buat posting, ok la pada aku tak salah posting pic sekali.. tapi berpadalah.. jangan la sampai berpeluk bercium.. lepas tu dok mintak doa kekal... bukan ape sekadar pesanan yang aku pernah terima, "kalau kita sayangkan dia kita jaga luar dalamnya.. jangan menyingkap sebelum kahwin.. sebab jodoh itu akan berkurangan dan kemungkinan akan hilang.."

ada kategori yang susah aku nak describe ialah jenis yang bergaduh lepas tu post kat media-media sosial... ok pada aku its totally crap.... sebabnya kalau nak bercakar ke bergaduh ke face to face sudah.. tak payah update kat wall tulis macam "hang ingat aku takut ngan hang ka.. blaa blaa blaa blaaa...." lepas tu org tu menjawab "blaa blaa blaa blaaa....." apa ketahian semua tu (sory la kalau mencarut...) tu namanya cari perhatian...

yang kategori ni pun lagi satu aku nak cakap lebih kurang jugak lah aku tak pandai sangat bab-2 agama at least kalau nak posting pasal agama nak cerita berkaitan agama.. tolongla jaga aurat tu... jangan rosakkan pandangan orang yang membaca... yang pelik tu.. tgk posting semua akidah islamiah.. tapi bila tengok pemakaian.. masyaallah.. ade yang budak sekolah pun pandai dah snap pic "belanja" lurah lurah... istighfar panjang je aku...

trending... yang ni selalu jadi.. sejak zaman blackberry sampai zaman wechat.. aku peratiii je... selalu sangat org buat trending dengan sebelum tu dia akan tulis, "sape nak saya promote, pm tauu" ok apa guna banyak contact tapi sombong ngan semua... cukup ada sebagai kawan-kawan sudah. tak perlu nak bajet2 hot....

ok lah ni mungkin yang last pada aku tak sure pada korang, virus ni banyak dan mudah dijangkiti terutamanya golongan-golongan pelajar sekolah or yang kategori budak budak... aku perhatikan di wall selalu tulis, "hye nama saya ******** jangan la sombong-sombong ngan saya yea.." tapi bila ada orang tegur, dia akan buat tak tahu je.. pada mungkin boleh dimaafkan sebab budak-budak.. dan pada aku sekadar mencari publisiti murahan...

ok lah aku tahu ramai yang akan terasa dan ramai jugak yang mungkin nak bash aku... aku faham perkara tu.. yang aku sampaikan ni sekadar pandangan dan jugak pemerhatian aku sebab aku takut sangat sekarang ni ramai sangat yang kena bash kaww kaw... melampau teruk punya.... ada laa 2,3 orang yang dah kena.. so nak jadi famous bukan tak boleh... tapi mesti melalui saluran yang betul.. buat sebelum fikir... so why so serious??



Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.