Wahai Purnama.... indahnya...

entry yang aku nak tulis kali ni mungkin ada golongan muda yang tak tau.. ada juga yang tau.. enty ni berkenaan Qasidah wahai purnama... ini merupakan petikan dari blog http://ibuberbicara.blogspot.com

"Alhamdulillah bertemu lagi di alam maya. Kali ini ingin ibu kongsikan satu lagi qasidah yang agak popular dan sangat lunak didengari dan dihayati. Ya Badrotim atau Wahai Purnama adalah qasidah yang memuji Nabi Muhammad s.a.w. 

Qasidah ini pertama kali ibu dengar semasa dipersembahkan oleh anak-anak didik pada acara Karnival Lestari yang dianjurkan oleh sekolah ibu pada tahun lepas. Kali pertama didengari hati terus terpikat. Menitis air mata apabila menghayati bait-bait kata dalam qasidah ini.

Bersama-sama kita hayati qasidah ini dalam dua versi; Bahasa Melayu dan Arab. Selamat berqasidah.."


WAHAI PURNAMA

Wahai purnama, wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana, bagaimana
Nak kuluah dengan kata-kata.

Engkau menyinar di alam tinggi, di alam tinggi 2x
Terangi kegelapan dan kebatilan.

Dengan mu alam bergemerlapan, bergemerlapan 2x
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan.

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya 2x
Siang dan malam jua, siang dan malam jua.

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu 2x
Mereka yang istimewa dan amat sempurna.

yang di bawah ni pula versi arab, Ya Badrotim




يَا بَدْرَتِمْ
يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَل
رَبِّكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ 
قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَال

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Biru ‘an ‘ulaka maqoli
 

 

Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula (2x)
Famahauta bilanwari kulla dholali
 

 

Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman (2x)
Abada ma’al ibkaari wal asoli

 

Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali

 

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli







Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.