Langkah malam

Mata mencari,
Tangan meraba,
Dalam gelap aku berdiri,
Dalam sunyi malam aku sendiri,

Hati berbisik jiwa menari,
Dalam kelam aku sembunyi,
Dalam cahaya mataku rabun,
Untuk mengenal sinaran purnama,

Lelahnya kaki tak mengenal tapak,
Rendahnya diri tak mengenal erti,
Terus aku berlari demi mencari sekeping hati,

Sunyi malam kini terhenti,
Laungan suara pemecah sepi,
Takbir bergerma mengingatkan aku,
Betapa sepinya perjalanan ini,
Yang masih belum aku temui,
Begitu jauhnya langkah malam Ku ini....

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.