Di ketika ini.

Di ketika ini
aku kembali menguntum senyum,
aku kembali membuka pintu,
aku kembali menjadi sang perindu,
aku kembali menjadi diriku,

Di ketika ini,
bulan tidak lagi berbicara sendiri,
pungguk tidak lagi menjadi misteri,
bicaraku, tidak lagi menjadi bisu,
hanya kesabaran yang menguji jiwaku,

Di ketika ini,
segala penantian sudah terjawab,
segala rahsia sudah terlerai,
aku izinkan kau kembali bertapak,
untuk kita membina syurga,



Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.