KERANA KU KENAL KAMU..



Kerana ku kenal,
Jiwamu kental tak takut apa,

Sanjungan diterima membuatmu dihormati,
Kaulah kawan kaulah ketua,
Kau sahabat dari kecilku sentiasa menghiburku,

Kerana ku kenal,
Penghujung tahun sambutan untuk mu,
Kematanganmu dalam bongsunya kita,
Tidak pernah mengeluh membantu ibumu,
Celotehmu selalu membuatku tertawa,

Kerana ku kenal,
Lemah bicaramu tak selemah fikirmu,
Kau awasi zaman buku kita,
Namu kau jua penyelamat,
Kau seorang yang tabah,
Sentiasa disenangi sentiasa dirindui,

Kerana ku kenal,
Dulu rendahmu menjadi mainanku,
Tawa dalam hatiku mengingat kembali,
Santapanku kau bawa lari,
Sehingga kini itu yang paling ku ingati,

Kerana ku kenal,
Walau pedas selalu bahasamu,
Sifat begitu memang dirimu,
Hujung tahun jua sambutan untukmu,
Bukan ku tak rindu,
Cuma masih ku sakit dengan sesuatu,

Kerana ku kenal,
Kau dan gadis tiada pisahnya,
Kumbang dan bunga memang sejiwa,
Ku masih ingat ketika kapur membalutimu,
Ku selalu disebelahmu,

Kerana ku kenal,
Kebalnya dirimu dipadang permainan,
Namun kini kau masih pertahanan,
Untuk negara kau bertugas,
Semoga terbela segalanya,
Demi agama bangsa dan negara,


Kerana ku kenal,
Pembaris plastic mainanmu,
Habis berbirat seluruh tanganku,
Kerana nakal jiwa dirimu,
Kau tetap sahabatku,

Kerana ku kenal,
Kegigihan dirimu,
Walau langkahmu tidak seperti dulu,
Gurauan nakalmu selalu disisiku,
Kau tetap selalu menghiburku,

Kerana ku kenal,
Keteguhan jiwa walau kecil dirimu,
Kini masakanmu menjadi kunci,
Kau berjaya dalam diri,
Demi menjadi ahli masakan sejati,

Kerana ku kenal,
Walau singkat waktu bersamamu,
Walau kita terpisah ketika ku dalam rindu,
Namun cintaku masih pekat untukmu,
Ku masih setia menantimu,
Ku rindu setiap degilmu,
Ku rindu setiap sakatmu,
Luahan katamu kau cinta aku,
Tetap menjadi igauku,
Sudut kecil diriku sentiasa bersama senyum mu,
Aku masih setia mempertahankan cinta kita,
Mengharap hadirnya dirimu membaluti rindu,
Kerana cintamu adalah sehebat ketegaran penantianku,

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.