kuisan catitan bahasa rindu
aku tak tahu apa yang aku rasa, aku tak tahu apa yang ada di dalam jiwa, sekali lagi diriku dipalu,kali ini paluan yang tepat singgah ke hati aku ni bagai sesuatu yang berada diluar jangkaan, aku cuba pukul diri aku untuk menyatakan ini mimpi, kerana mustahil jiwa parah aku yang pernah berparut kembali diubati, dah lama aku kurung diri aku ni, dah lama aku simpan perkataan sayang, tapi aku jadi bisu bila terdengar suaramu, entah... aku sendiri tak mengerti, adakah aku sedang tersenyum, adakah aku sedang menangis, adakah aku sedang ketawa? mungkin aku masih lagi bermimpi, simpanan kata-kata sajak penyair bebas sepertiku mungkin tidak bisa melawan isi rahsia hatimu insan, namu aku sendiri berjanji akan terus begini andai tiada insan sepertimu hadir disisi, namun keredhaan ini mungkin membolehkan aku untuk mengucapkan kata rindu, aku sedar setiap mimpiku aku lihat kamu, aku sedar setiap anganku untuk bersama kamu, aku sedar rintihku menatap semua potretmu, tapi kesedaran aku itu tiada penghujung yang mampu aku genggam, mungkin kau kini derita, namun aku lebih merasa, mungkin ketika ini kau rindu, namun aku lebih pilu, maaf aku terlalu naif untuk cinta, maaf aku terlalu jahil mengecap bahagia.. aku tak pandai bermain kata, yang tahu hanya menaip setiap kali otak dan hati berbicara.... cuma itu yang mampu singgah di latar fikirku, maaf kerana aku bergembira diatas mimpi bodohku sendiri, namun jatinya pendirian yang terus membuatkan aku begini, maaf sayang aku merinduimu, maaf kasih kerana aku masih menantimu, dan maaf cinta kerana aku tidak mampu sampaikan rasa selain dirimu.., maaf kerana aku tak mampu memaafkan diriku sendiri dari terus di hukum kerana aku tak mampu berikan cintaku selain dari dirimu.. mungkin aku akaj terus begini selamanya....
Comments