pasangan muda bercerai TALAK TIGA???!!!!

ingat lagi tak?? kisah remaja umur 12 tahun yang kahwin tahun lepas, hari tup tup daat berita dorg dah berpisah sekali jatuh TALAK TIGA daaaaa... aku tak nak ulas panjang pasal perkara ni.. yelaa bak kata ustaz kazim, kalau dah jodoh...... korang boleh baca kisah perkahwinan dorg tahun lepas di 12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI ape-ape pun semoga masing-masing dapat jalani kehidupan sebagai duda dan janda muda yang lebih baik selepas ni... jelas lah apa yang selalu diperkatakan, "perkahwinan itu bukan saja tiket untuk lepas dari dosa maksiat, tetapi juga perlukan kematangan dan keserasian" berikut adalah petikan dari astro awani.

KULIM: Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20, disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan.

Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang.

Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.

Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat kira-kira 1,165 permohonan untuk berkahwin pada 2012 dan Mahkamah Syariah telah meluluskan 1,022 daripada permohonan terbabit.

Ia merupakan peningkatan berbanding rekod 2011, iaitu kira-kira 900 perkahwinan.

Sehingga Mei tahun ini, JKSM menerima 600 permohonan perkahwinan, di mana 446 telah diluluskan.

Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun, tetapi 16 tahun untuk anak gadis
Muslim dan mereka yang berusia di bawah 16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.

NOTA KAKI: TANPA KEMATANGAN DAN TANPA MENGENAL ERTI TANGGUNGJAWAB.. JANGAN MIMPI NAK JADI SUAMI ISTERI.




Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.