Punca Golongan Graduan Sukar Mendapat Pekerjaan

Dewasa ini semakin ramai golongan-golongan graduan lepasan Instisut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bersorak ceria apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang-bidang yang mereka ceburi dan jika dilihat pelbagai ragam yang ditonjolkan terutamanya dalam isu merancang masa depan.

Manakan tidak, kebanyakan siswa dan siswazah tekun menghabiskan masa selama tiga hingga lima tahun di alam pendidikan tinggi semata-mata untuk mengejar masa depan yang lebih cerah demi menjamin kehidupan yang sempurna.

Namun perkara yang menjadi persoalan utama kepada mereka ialah kemana hala tuju sebaik sahaja menamatkan pengajian. Malah jika dilihat, semakin ramai daripada golongan graduan ini masih menganggur walaupun telah hampir setahun menamatkan pengajian di IPTA IPTS.

Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ada tiga faktor utama yang menjadi penyebab golongan graduan sukar mendapatkan tempat dalam bidang yang dipohon iaitu menuntut gaji yang tidak munasabah, kurang pengalaman dan pengetahuan am.

Dipetik dari sebuah portal berita, Pengerus Jobstreet.com Malaysia, Chook Yuh Ying berkata, para majikan sering mengelak untuk mengambil pekerja yang memiliki kriteria seperti yang dinyatakan.

"Majoriti graduan yang memohon pekerjaan memohon pekerjaan mempunyai kriteria tersebut iaitu meminta gaji yang tinggi untuk jawatan yang mereka pohon," katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan majikan lebih tercenderung memilih pekerja yang ada kemahiran dan berpengetahuan berbanding lepasan graduan yang hanya berlandaskan sijil pembelajaran.

“Dua lagi sebab utama mengapa kebanyakkan graduan tidak dipilih menyertai sesuatu organisasi atau syarikat adalah kerana tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik disamping sikap yang buruk,” katanya dengan tegas.

Selain dari itu, masalah "memilih pekerjaan berdasakan bidang" juga menjadi faktor utama golongan graduan sukar mendapat pekerjaan.

Hal ini terjadi kerana ramai pelajar yang memikirkan mereka perlu bekerja berdasarkan bidang yang dipelajari dan ia sekaligus menyekat diri dari cuba menceburi bidang baru yang luar dari skop yang dipelajari semasa di Universiti.

Manakala statistik dari Jabatan Perangkaan Negara melaporkan, setakat bulan Ogos tahun ini, pasaran buruh sekali lagi menunjuk peningkatan golongang penganggur seramai 441,800 orang berbanding 421, 200 iaitu 4.9 peratus pada pada bulan sebelumnya.

Lanjutan itu, kadar pengagguran meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.1 peratus jika dibandingkan dengan catatan pada Ogos 2012, iaitu 2.7 peratus. kadar pengagguran pelarasan bermusim juga merekodkan peningkatan 0.2 mata peratus kepada 3.2 peratus pada Ogos 2013.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT LAPORAN JABATAN PERANGKAAN NEGARA

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.