SEDIKIT TIPS DAN KAJIAN SAYA UNTUK PERNIAGAAN INTERNET.

Sekarang ni makin ramai yang nak buat biz dengan online.. sebab ia sangat menjimatkan dari segi mencari tempat dan juga promosi iklan.. dan di era serba moden ini, inilah masanya kita berebut peluang untuk bersama-sama meningkatkan taraf hidup kita ke satu lagi level yang lebih baik... jom kaji sedikit tips2 perniagaan internet untuk semua..

1. Buat RESEARCH mengenai niche market yang paling menguntungkan

Inilah faktor terpenting sesuatu bisnes itu laris disebabkan faktor niche market yang ada ‘demand & supply’ tepat pada masa dan tempatnya. Kita mesti buat research terlebih dahulu utk menentukan niche market mana yang paling menguntungkan dan kurang persaingan. Contohnya spt jutawan siber Irfan Khairi meletup dgn buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar pada tika itu masih belum ada ‘role model sejati’ anak melayu dalam perniagaan internet. Irfan memanfaatkan potensi niche market mengenai perniagaan internet di malaysia yang mana ada ‘demand’ tetapi kurang supply yang begitu menyakinkan. Irfan mmg beruntung kerana beliau bijak membaca trend pada waktu itu, dan kini telah menjadi pelopor bidang perniagaan internet di negara kita. So yang pentingnya di sini kita kene wat research bisnes yang bebetul ‘menguntungkan’..barulah fungsi ‘marketing’ boleh berjaya dengan hukum asas demand & supply dipenuhi. Konklusinya kita kene cari business yg ada demand/hungry niche market dan jgn terperangkap dgn utopia bisnes syok sendiri semata-mata.

2. Buat SWOT Analysis

SWOT analysis adalah sesuatu perkara yang penting untuk kita merancang marketing strategi dalam memastikan customer sentiasa senang hati utk berurusan dengan kita. kaedah SWOT analysis di dalam perancangan strategik (strategic planning) yg dipraktikkan di mana² corporate company di seluruh dunia. Dengan kaedah SWOT ini kita dapat memperhalusi niche market yg sesuai serta menentukan dengan lebih strategik bisnes mana yang sesuai dilaksanakan. SWOT terdiri daripada 4 elemen iaitu Strenght + Weaknesses + Opportunities + Threat

Contohnya seperti Ali mempunyai skills/kekuatan (Strenght) di dalam graphic design dan boleh buat menghasilkan karya yang cantik di dalam waktu singkat. Bisnes graphic design yg dia leh wat merangkumi web design, logo design, flash design, 3D etc. Mmg banyak portfolio design dia wat dan amat memuaskan hati client terutamanya di tempat belajarnya di cosmopoint, syarikat printing yang JV dgnnya serta lain² yg direkemen oleh client yg pernah mendapat service dgnnya.. itu adalah kekuatan atau Strenght dalam niche market/business yang boleh diceburi Ali. Namun Ali mempunyai kelemahan (Weaknesses) iaitu tiada pengetahuan dlm bab marketing dan masih bergantung kepada org tgh untuk promosi dan marketing perkhidmatan graphic design. Oleh itu byk sebahagian keuntungan terpaksa dikongsi mengikut percent dgn org tgh seterusnya mengurangkan margin keuntungan. Itu merupakan salah satu weaknesses yg ada pada Ali. Walau bagaimanapun Ali ada peluang (Opportunities) utk belajar buat marketing sendiri dengan ebook dan tutorial di rahsiaebiz.com sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kpd org tengah. Apabila Ali dapat memanfaatkan peluang belajar di web tersebut maka ia dapat menambah ilmu di samping meningkatkan margin keuntungan dari masa ke semasa. Di mana² bisnes pun ada ancaman (Threat) atau cabaran yg terpaksa ditempuhi. Antaranya ialah ancaman daripada pesaing yg menawarkan harga yg lebih murah daripada perkhidmatan web design Ali.

Namun Ali boleh mempraktikkan apa yg dipelajari daripada ebook/tutorial di web rahsiaebiz dengan menggunakan taktik USP (Unique selling proposition). Ali akan ‘fight’ setiap ancaman dengan berbekalkan peluang ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Dgn semua inilah SWOT dapat memberikan kita gambaran yg lebih jelas ttg bagaimana nak mencapai matlamat di dalam bisnes atau niche market. Jika mahu berjaya maka kita perlu tahu teknik dan strategi yg berkesan. Sbb itu setiap org perlu berbeza niche marketnya supaya dapat memanfaatkan setiap Strenght & Opportunities dgn lebih sempurna. So buatlah analisis SWOT anda skrg, pastikan niche market anda adalah ideal utk diri anda…..

 3. Buat iklan, web atau medium business yang berkesan

Bila dah bertemu dgn niche market yg ideal so tibalah masanya buat web atau iklan yang sesuai. Misalnya wat web yg ada salescopy yang cukup ghairah (meng’ayat’) para prospek dgn pelbagai benefits atau offer yang tersangat menarik di samping content yang tersusun sempurna. Selain itu perlu ciri2 web yang praktikal spt autoresponder, affiliate, opt in list, tell a friend script, social networking/bookmarking, rss, seo friendly dsbnya. Buat web tak perlu canggih manggih sangat dgn pelbagai animation 3D, flash, creative heavy tak ingat dunia sampai lembab loading. Apa yg kita perlu fikir ialah utk memudahkan pengguna mencapai maklumat, content dan offer kita di dalam web yang clear dan easy. Ada produk, ada offer, ada benefits, ada testimonial, ada money back guarantee, order form, multiple bonus dll yg melengkapkan sebuah web yg menyakinkan pengguna. Kita dah ada web bisnes, so langkah seterusnya ialah marketing (promosi)… bcoz without marketing ur business will die soon….

4. Promosi yang berterusan 

Bab promosi ni anda boleh study ebook 100 cara promosi & tingkatkan traffic web anda, yg penting agenda promosi dan marketing kene buat berterusan. Tak kiralah berapa cara promosi pun tapi pastikan anda mengkaji ROI (return on investment).. iaitu cara utk mengetahui marketing/promosi mana yang paling berbaloi dilaksanakan dgn melalui kaedah cuba-cuba. Sbg contoh kalo promosi di utusan.com.my boleh mendatangkan banyak jualan/keuntungan berbanding iklan di tempat lain, maka ROI adalah tinggi dan teramat sesuai utk fokus lebih di situ. Kalo ada method lain maka anda kene lihat keberhasilannya, kalo berbaloi maka teruskan agenda promosi di situ dgn lebih agresif.

5. Evaluation & Improvement (penilaian & penambahbaikan) 

Sesuatu bisnes perlu melalui proses kematangannya, dan semasa dalam proses itu kita perlu menilai bisnes kita sama ada berkesan atau tidak. Jika ada web kita boleh monitor dan menilai statistik dgn menggunakan google Analytics bagi saya antara software free yg paling hebat setakat ini dalam monitor apa yg berlaku pada web kita dari segi performance, hits, dari mana pengunjung datang, guna browser apa, keyword yg paling sesuai dgn web kita dan sebagainya… Dengan maklumat² ini kita akan membuat penambahbaikan pada web dan medium bisnes utk menghasilkan pulangan yg lebih baik… Selain itu kita perlu buat feedback form utk memudahkan pengunjung beri cadangan/makluman utk kebaikan bisnes. Jgn rasa skeptikal terhadap komen/kritikan mereka sebaliknya pandang dari sudut positif. Ia sebenarnya ada hikmah kebaikan yg tersembunyi.. Sentiasalah buat penambahbaikan terhadap bisnes anda dari masa ke semasa. Pastikan anda peka dengan trend terbaru dan implement teknik² yang lebih efisien dan berkesan. Sekiranya ada masa kajilah lebih mendalam ttg upselling dan backend selling. ia juga memberi manfaat kepada bisnes kita.


DAN SEKARANG MARI KITA KAJI 7 KESALAHAN UTAMA SEMASA BERBISNES DI INTERNET,  SEMOGA KITA DAPAT ELAKKAN PERKARA YANG TAK DIINGINI BERLAKU..

Adakah anda sudah mempunyai perniagaan internet? Bagaimanakah dengan perniagaan tersebut? Maju? Berjaya? atau.. kurang berkesan? Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa kesalahan-kesalahan umum yang sering dilakukan oleh orang ramai di dalam menjalankan perniagaan internet mereka yang seterusnya, menyebabkan perniagaan mereka gagal ataupun sukar mendapatkan pelanggan. Setelah anda mengetahui mengenai 7 kesalahan ini, diharapkan anda dapat meminimunkan risiko kegagalan anda dan sekaligus menjimatkan masa anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan di dalam perniagaan internet. Berikut adalah 7 kesalahan yang sering dilakukan.

 #1) Menggunakan Webhosting & Nama Domain Percuma Untuk Web Perniagaan Anda 

 Terus terang saya katakan, jika anda benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan di ineternet. Janganlah sekali-kali menggunakan webhosting free untuk website anda. Kecuali, jika anda membuat website anda hanya untuk suka-suka dan sebagai hobi sahaja. Antara penyedia perkhidmatan webhosting percuma adalah seperti Angelfire, Tripod, Geocities, HyperMart, FreeYellow, dsb. Mengapa? Ini kerana, terdapat beberapa webhosting percuma yang mempunyai masa download yang sangat lambat. Selain itu,website anda juga akan dipenuhi dengan iklan-iklan dari penyedia perkhidmatan webhosting percuma tersebut. Perkara ini bukan sahaja akan menyebabkan website anda sukar untuk diakses, malah kredibiliti serta profesionalisme anda juga boleh dipertikaikan. Lebih-lebih lagi jika website anda menjual produk yang menjanjikan wang segera atau menawarkan janji-janji manis menjadi kaya dengan mudah kepada pelanggan-pelangganya. Adakah anda rasa orang akan percaya dengan website anda?. Benarkah jika menjadi ahli atau jika membeli produk yang ditawarkan di website anda, maka pelanggan tersebut boleh menjadi kaya? Jika ya! Sudah pastilah anda sudah kaya.. oelh itu, takkan lah webhosting & domain name pun anda tak mampu nak beli? Pada masa kini, sudah terdapat banyak penyedia perkhidmatan webhosting yang menyediakan perkhidmatan mereka dengan harga yang murah. Misalnya, di sempoihosting.com. anda sudah boleh memiliki webhosting dengan hanya RM9 setahun serta domain name dengan harga serendah RM35 setahun. Adakah ia terlalu mahal untuk anda membina kredibiliti bagi perniagaan internet anda? Oleh itu, jika anda benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan di internet. Dapatkanlah webhosting serta domain name yang berbayar untuk website perniagaan internet anda.

 #2) Terlampau banyak grafik serta audio

 Ini pula adalah kesalahan kedua yang perlu anda pertimbangkan apabila anda ingin membina website perniagaan internet anda. Tujuan utama anda membuat website adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda bukan? Oleh itu, semua unsur-unsur yang boleh menggangu tumpuan pengunjung anda untuk membeli produk atau perkhidmatan di website anda haruslah dihindarkan atau dibuang sama sekali. Elakkan penggunaan grafik yang terlalu berat serta muzik-muzik yang menyakitkan telinga. Lainlah jikalau website anda itu sememangnya menjual CD lagu atau video, maka, mungkin anda boleh meletakkan sedikit audio sebagai preview di website anda. Jika anda tidak percaya, anda boleh lihat sendiri contoh-contoh website perniagaan internet yang berajaya seperti yahoo, amazon dan ebay. Bilakah kali terakhir anda mendengar muzik apabila membuka website tersebut? Tidak pernah bukan?

#3) Tidak meminta maklumbalas dari pelawat anda 

 Ini pula adalah kesalahan selepas anda mempunyai website. Selepas anda mempunyai website perniagaan, anda perlulah mendapatkan sedikit pandangan serta maklumbalas dari pengunjung anda. Ini kerana, orang yang membeli produk anda adalah merupakan pengunjung website anda. Oleh itu, kita perlulah mengetahui, apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi mereka membuat keputusan untuk membeli. Contohnya seperti, pengunjung-pengunjung yang mengunjung laman web anda merasakan, mereka amat perlu untuk mengetahui butir-butir diri anda seperti, no telefon serta alamat perniagaan anda. Ini kerana, mereka merasakan maklumat tersebut amat penting bagi mereka jika mereka ingin membeli sesuatu produk secara online. Mereka tidak mahu lagi tertipu dengan peniaga-peniaga yang hanya meletakkan alamat email di bahagian "contact" mereka. Mereka mahu nombor telefon anda kerana ia memudahkan mereka menghubungi anda jika produk yang dibeli tidak sampai kepada mereka. Dengan meminta sedikit pandangan dan maklumbalas dari pengunjung anda, anda mungkin akan terperanjat dengan maklumbalas-maklumbalas yang mereka berikan, dan jika anda bertindak pula setelah mengetahu apa kemahuan pengunjung anda, anda pasti akan lebih terperanjat lagi dengan hasil yang akan anda perolehi.

#4) Membuang Masa Dengan Melakukan Aktiviti Yang Tidak Produktif 

 Seperti yang kita sedia maklum, waktu adalah sesuatu yang lebih berharga daripada wang. Oleh itu, anda perlulah bijak mengenalpasti aktiviti manakah yang lebih penting dan perlu diutamakan. Contohnya, penggunaan masa untuk aktiviti promosi serta pemasaran bagi website anda. Adakah anda tahu teknik manakah yang paling berkesan di dalam mempromosikan perniagaan anda? Jika anda tidak tahu, itu bermakna, anda telah pun mempersia-siakan waktu anda. Oleh itu, anda perlulah menganalisa semua aktiviti pemasaran anda dan kenalpasti, teknik manakah yang lebih berkesan. Oleh itu, anda perlulah bijak mengatur masa dan menggunakan masa anda kepada perkara-perkara yang lebih efektif dengan menukarkan perkara-perkara rutin kepada suatu sistem yang berbentuk automasi, seperti menukarkan cara penghantaran email follow-up daripada manual kepada automatik. Menukarkan kaedah penghasilan website agen daripada manual kepada automatik. Dengan itu, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk mempromosikan website anda.

 #5) Tidak Membangunkan dan Mempunyai Pengakalan Data Email Opt-in

 Awas, ini adalah satu kesalahan yang besar jika anda melakukannya. Apabila anda mempunyai sebuah website, anda perlulah memastikan website anda sekurang-kurangnya mampu untuk mengumpul nama & alamat email pengunjung-pengunjung anda. Hal ini adalah sama seperti anda meminta kad bisnes orang-orang yang datang ke kedai anda. Jika pada hari ini mereka datang ke kedai anda dan tidak membeli apa-apa. Tetapi, dengan memiliki kad bisnes pengunjung tersebut, anda mampu untuk menghubungi semula orang tersebut dan memaklumkan mereka tentang apa-apa promosi yang anda adakan di kedai anda. Dengan itu, mereka mungkin akan datang kembali ke kedai anda dan mula berminat dengan apa yang anda tawarkan. Bayangkan jika anda tidak meminta kad bisnes mereka. Sekali mereka melangkah keluar dari kedai anda, anda akan kehilangan terus prospek anda. Anda tidak mampu untuk menghubungi mereka semula dan memaklumkan mereka tentang apa-apa promosi yang anda jalankan pada masa hadapan. Bukankah itu suatu yang merugikan?

 #6) Melakukan Spam

Inilah kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh peniaga-peniaga internet di Malaysia. Spam yang saya maksudkan disini bukanlah hanya di dalam konteks penghantaran email yang tidak di undang, malahan, penghantaran mesej di dalam forum-forum yang tidak berkaitan juga adalah merupakan suatu spam. Contohnya, di suatu forum, ahli-ahlinya sedang serius membicarakan mengenai persoalan pencemaran air di malaysia. Tiba-tiba, anda masuk dan menghantar mesej.. "MARILAH MENDERMA!! DENGAN HANYA RM10 ANDA AKAN MENJADI KAYA!!"... Jadi, apakah perasan anda jika anda adalah salah seorang ahli forum tersebut? Marah bukan? Bengang? Geram? Benci?... Jadi, usahlah melakukan spam. Ia bukan sahaja boleh membuatkan orang ramai marah dan benci kepada anda. Malah reputasi anda sebagai peniaga juga akan tercemar. Jika reputasi anda telah tercemar, anda buka 10 kedai/website pun orang takkan percaya dan beli dari anda.

#7) Menyangka, untuk berjaya di dalam perniagaan internet adalah sangat mudah. 

 Pemikiran seperti ini haruslah dihindarkan. Untuk berjaya di dalam perniagaan internet, anda perlulah berusaha keras sebenarnya. Anda tidak mungkin dapat membangunkan satu perniagaan internet yang berjaya,dalam jangkamasa 1 atau 7 hari sahaja. Pelbagai perkara perlu dilakukan, dari mula proses penghasilan idea, marketing plan, buat website, seo, promosi dan sebagainya. Semua itu memerlukan usaha dan masa yang berpanjangan. Jadi, jika ada rakan anda yang berkata kepada anda bahawa anda boleh berjaya dalam waktu yang singkat dengan membuat pelaburan di dalam bisnes internet. Jangan mudah percaya dan jangan menjadi mangsa seperti pelabur-pelabur perniagaan dot com dulu yang mengalami trauma sehingga kini.

NOTA KAKI: SELAIN DARI SEMUA TIPS YANG ADA DI ATAS, SEBENARNYA ADA SATU LAGI KEYWORD YANG PENTING IAITU, RAJIN BERUSAHA.. KITA LETAKKAN PENIAGAAN KITA NI DI PLATFORM FISABILILLAH, IN SHAA ALLAH BERKAT, IBARAT KATA ORANG TU KEJAR AKHIRAT, IN SHAA ALLAH DUNIA PUN DAPAT..





Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan bersama kepada anda pada kali ini. Sebenarnya, terdapat banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga internet, terutama sekali bagi mereka yang baru hendak mula menceburi bidang ini. Namun begitu, hanya 7 kesalahan inilah sahaja yang sempat saya kongsikan bersama anda pada kali ini. Diharapkan, dengan artikel ini, anda dapat memulakan perniagaan anda dengan lebih mudah dan lebih baik. Semoga anda berjaya di dalam perniagaan internet anda.



 Sekian, Salam cyber dari saya. Wassalam.

Comments

MAT NOR said…
tips yang bagus dan berguna. terima kasih atas perkongsian ilmu

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.