mengapa didesak hati yang buntu.

puas aku kurung diri aku, puas aku menjauhkan diri dari semua orang, rupanya dalam diam aku sebenarnya mencari pengganti, kadang kala aku tertawa dengan kelemahan diri yang selalu aku persoalkan, layakkah aku untuk bercinta lagi? memang jawapan untuk persoalan itu milik Allah, namun setelah apa yang pernah terjadi, aku kembali jadi sangsi... memang aku lelaki.. dan aku sendiri sedar rosaknya ikatan sesebuah percintaan adalah berpunca dari lelaki, dan perkara itu yang membuat aku tersedar, hati mu muslimah penuh dengan kecurigaan, dan tidak salah rasanya jika aku ambil keputusan untuk berdiam diri, kerana aku tahu, hati wanita jika disakiti, semua lelaki adalah sama di pandangannya..

bercinta lagi?? aku ragu dengan itu sebenarnya.. cukuplah walaupun kisah lalu bukan silap aku. tapi hakikatnya ia juga disebabkan lelaki.. memang aku kecewa memang aku malu.. kerana kaum sejenisku, selalu membuat aku juga dipandang sama... aku sedar.. aku memang tak layak.. memang kini aku ketemu seseorang. tapi cukuplah aku cuma berkenalan sahaja.. memang aku terpikat dengan keayuan muslimahnya, kelembutan bersahajanya, tapi untuk apa semua itu aku tiada daya pemikat untuk mencairkan tebalnya tembok derita.. namun setiap hari aku sentiasa menanti panggilanmu.. ibarat lagu, "walaupun bahagia mengejar bayanganmu, tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu.. hanya aku"

maafkan aku S kerana aku menyukai kamu dalam diam... perasaan ini muncul setelah setahun aku matikan hati dengan cinta dan sayang.. maafkan aku S aku simpan perasaan ini, aku yakin kamu akan membenci jika aku meluahkan.. cukuplah hubungan kebahagiaan ini aku simpan.. dan aku sendiri yang rasa bahagia itu.. dan aku tidak kehilangan hari-hari bual indah bersama kamu.. kerana aku tak mahu mendesak hati aku yang pasti akan membuntu jika tidak bersama kamu lagi..                                


Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Lagu Lama penuh pesanan.