nukilan bicara untuk jiwa..
jangan biar hatimu runsing,
kerana jiwamu akan berpusing,
jangan biar akal mu di kawal nafsu,
kerana syaitan itu musuh nombor satu,
lafaz kalimah ketapkan di bibir,
agar sentiasa menjadi tabir,
muliakan harimu dengan qasidah,
moga mendapat kurnia jannah,
La maujud bihaqqi illallah,
panduan sunyi di kala sendiri,
syahadat tauhid penawar hati,
insyaallah tenang segala sanubari,
penuhkan dada dengan ilmu,
jayakan bersama dengan amal,
bersama kalimah tauhid panduan hidupmu,
agar dapat mengenal hujung dan pangkal,
biar dicerca segala tindakkan,
jangan dilawan cukuplah kesabaran,
Allah yang satu jadi panduan,
Al-Quran penegak landasan iman,
manusia yang rugi manusia leka,
permainan duniawi santapan jiwa,
akhirat yang pasti untuk semua,
persiap amal ibadah agar sedia sentiasa.
kerana jiwamu akan berpusing,
jangan biar akal mu di kawal nafsu,
kerana syaitan itu musuh nombor satu,
lafaz kalimah ketapkan di bibir,
agar sentiasa menjadi tabir,
muliakan harimu dengan qasidah,
moga mendapat kurnia jannah,
La maujud bihaqqi illallah,
panduan sunyi di kala sendiri,
syahadat tauhid penawar hati,
insyaallah tenang segala sanubari,
penuhkan dada dengan ilmu,
jayakan bersama dengan amal,
bersama kalimah tauhid panduan hidupmu,
agar dapat mengenal hujung dan pangkal,
biar dicerca segala tindakkan,
jangan dilawan cukuplah kesabaran,
Allah yang satu jadi panduan,
Al-Quran penegak landasan iman,
manusia yang rugi manusia leka,
permainan duniawi santapan jiwa,
akhirat yang pasti untuk semua,
persiap amal ibadah agar sedia sentiasa.
Comments