Percaya atau Tidak

percaya atau tidak,
hidup kita sentiasa ada garisan sempadan,
sempadan untuk kiri adalah kanan,
sempadan untuk atas adalah bawah,

percaya atau tidak,
setiap kesenangan didatangkan bersama dugaan,
setiap pengalaman mendewasakan,
setiap perbalahan mematangkan,

percaya atau tidak,
setiap kejayaan ada yang sakiti,
setiap pergerakan ada pemerhati,
setiap yang bangkit akan dijatuhkan.

percaya atau tidak,
setiap perkara ada kanta,
kanta gelap sentiasa bingung
si bingung memikir cara mendusa,
demi kebaikan dalam jiwa,
sanggup dipunah segala cita,
hilang punca sang pencari,
hidup tersisih tanpa sebarang erti.

Comments

Popular posts from this blog

GILA ISIM ITU BAHAYA.

Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Dirogol JIN tanpa sedar.